Wednesday, December 23

NORLIZA......

Tiba2 aku teringatkan kepada nama NORLIZA....nama aku NORLIZA???mmm...layankan je lah.... Tiba-tiba aku terkenang kembali kenangan masa urusan tempahan baju nikah.. Aku tersenyum sendirian. Dugaan yang terpaksa aku hadapi sepanjang persiapan majlis pernikahan aku. Korang nak tau? Ok, aku ceritakan sedikit untuk dikongsi bersama.

Aku sebenarnya tak plan pun untuk melangsungkan pernikahan pada tahun 2008. Plan aku sebenarnya adalah selepas tamat pengajian diploma. Tapi mungkin sebab dah jodoh. Khairul soal pasal kahwin.. Aku terpinga2 jugak kot2 dia main2 je. Yer la.. Mana x nyer, tetiba je kan citer pasal nak kahwin. Bila dah betul2 dapat kepastian, akhirnya aku pun setuju je la. Tapi untuk maklumkan kepada keluarga aku, menggigil juga aku nak bagitau. Akhirnya, family setuju dan akur dengan semua ni.

Bila family dah setuju, aku pun terus siap sedia kumpul barang2 hantaran. Aku beli sedikit2 ikut keadaan semasa. 31 Mei aku menerima kunjungan merisik dan sekaligus bertunang. 2 + 1. Majlis tunang pun simple je. Juz Family Khairul + family aku + beberapa orang wakil daripada kedua2 belah family je. Dan kata sepakat yang dicapai, majlis pernikahan aku akan dilangsungkan pada 08.08.2008. Gatal kan... Sebenarnya nak kejar tarikh keramat tu je. hehehe. kebetulan tarikh tu jatuh pada hari Jumaat. Memang kena sangat la. Jumaat hari yang mulia.

Sambil menanti tarikh keramat 08.08.08, aku buat persiapan sedikit demi sedikit. Segalanya aku uruskan sendiri. Family juz uruskan perihal makanan, jemputan dan khemah je. Untuk baju nikah, aku sekalikan untuk bersanding. Aku guna baju sendiri. Bagi aku, biarlah ada kenangan yang tinggal, kepuasan lebih terasa dengan menggunakan baju sendiri. lagi pun dah selalu tengok, kalau orang pakai baju yang disediakan oleh tukang andaman, besar sana, besar sini, kecik la, yang paling ketaranya mesti berpin (sebesar2 pin akan terpampang di belakang baju pengantin perempuan). Buruk rupa tau. jadi, aku beli kain kain satin dan lace untuk diupah jahit.Rm 300 lebih juga aku habiskan untuk belian kain tersebut.

Aku kunjungi kedai andaman di Plaza Larkin. memandangkan aku dan khairul pernah berurusan di situ untuk gubahan hantaran masa bertunang dan hasilnya agak memuaskan hati. jadi tanpa fikir panjang, aku pun hantar baju nikah aku untuk diupah jahit di kedai yang sama. aku berurusan dengan seorang lelaki (nyah jugak ler), panggil abang Syam dan seorang pembantu kedai nama wana.Tengok pada koleksi gambar yang ditunjukkan, menarik jugak ler. baju2 dalam kedai pun nampak baru2 dan cantik. melihatkan gaya dan cerita si Nyah tu dengan dibantu oleh si Wana tu untuk meyakinkan kami, mati2 kami percaya bahawa kedai tu milik si Nyah syam tu. Aku pun jelaskan la konsep baju yang aku idamkan. Akhirnya aku campakkan RM 300 untuk upah jahitan. 15 julai 2008, si Nyah tu jannji dan jamin baju aku akan siap.

Tiba pada 15 julai 2008, aku dengan suka hatinya pergi semula ke kedai tersebut. senang hati bile kenangkan baju nikah aku dah siap. melangkah je kami di depan kedai tu, aku tengok ade seorang perempuan sedang menangis. dan aku jelaskan tujuan aku. tiba2 hati aku hancur luluh bila diberitahu yang si Nyah syam tu dan tak ade. si wana pun dan diberhentikan. rupa2nya si nyah syam tu ambil kesempatan bila tauke kedai tiada, dia akan lakarkan banyak janji dengan pakej yang menarik dan menerima deposit pelanggan tanpa pengetahuan tauke kedai tersebut.

Aduhai, bagaimana baju yang aku tempah? Aku call si nyah tu, dan nasib baik dia jawab panggilan aku. aku berlakon pura2 tak tahu apa yang jadi, katanya baju aku akan siap pada esok hari.bermakna pada 16 julai 2008. katanya dia dah x kerja lagi dengan akak yang tak tahu mengandam tu. huhuhu. padan muka akak tu kena kutuk.hehehe. buka kedai tapi tak pernah ada kat kedai, mana tak kena tipu. dengan aku2 sekali la yang terjebak kena tipu. sakit hati aku.

Esoknya, aku call si Nyah tu lagi. katanya baju aku dah siap. dan kami berjanji untuk berjumpa di depan plaza larkin di tempat menunggu bas dan katanya aku kena tambah lagi rm 300 sebab dia + byak labuci dan kain chiffon unuk siapkan baju aku. mmm...aku yer kan aje lah. lepas tu, terus aku call akak tauke kedai tu, then kami berpakat wat laporan polis. berkejar kami gi balai polis larkin. lepas tu berkejar pulak pergi balai polis johor bahru rujuk pegawai penyiasat. selepas tu, dengan menaiki kereta pegawai penyiasat dan berhenti terus di hadapan si nyah tu. setianya si Nyah tu tunggu aku di tempat tunggu bas tu hampir sejam lebih dengan harapan akan dapat bayaran tambahan lagi rm 300 daripada aku. hampeh. aku tak bayar pun. si nyah tu terus kena cekup masuk dalam kereta dan terus di bawa ke balai. Aku dapat balik baju aku. tapi hampa. aku terpaksa beli kain yang baru dan tempah jahit semula sebab baju yang dijahitnya singkat sangat. dugaan kan..

Huhuhu...Kalau lah aku ni baik hati bayar lagi caj tambahan yang dia kenakan, bermakna baju nikah aku tu berharga hampir RM 1K... Apa kaitan cerita ni dengan tajuk entry aku ni kan?? NORLIZA.... Norliza ni adalah nama aku di atas resit yang dikeluarkan oleh nyah tu. Agaknya dia lalok kot... Pening2 lalat... hehehe....

Inilah lumrah kehidupan... Tak semua yang dirancang sempurna sepenuhnya...



Tuesday, December 15

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR.

10 DEC 2009, keputusan pepriksaan akhir akan dipaparkan di dalam portal pelajar. Entah kenapa, aku agak tidak kisah dengan keputusan kali ni. Selalunya, aku cukup berdebar-bedar menanti keputusan yang bakal dipaparkan. Aku pasrah dengan segala ketentuan. Untuk semester lepas, aku banyak ketinggalan kelas. Terlalu banyak Chapter yang tidak dapat aku capai dan pelajari. Hampir 10 minggu aku terpaksa tinggalkan kelas kerana melahirkan si kecil Farish. Sepanjang peperiksaan, aku tawakal je. Aku menjawab soalan peperiksaan sedaya mungkin. akhirnya, syukur lah. Aku lulus jua untuk semua subjek walau sedikit menurun. Untuk semester depan, entah macam mana pula yer....

Monday, December 14

TAK SEMPAT TAMAT KURSUS

kenangan bersama peserta kursus wanita dari kampus lain. pertama kali memakai boot kawad.berat juga. masing2 jalan pun dah macam penguin dah.haha.

Surat tawaran kursus telah aku terima. Aku cukup gembira kerana itu. Lantas aku terus menguruskan segala hal-hal berkaitan.segalanya selesai sehingga jangkaan tamat kursus itu nanti. Bila ketua aku arahkan minta buat itu buat ini. Semuanya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Apa yang diarahkan semuanya dah aku uruskan. hihihi.... Jangan pandang aku ni macam orang lain. Setiap perkara itu terpaksa disuruh2 berulang-kali untuk melaksanakannya.

14 NOV adalah exam aku yang terakhir iaitu bagi subjek Eco211 (macroeconomic).15 NOV pula aku perlu bertolak ke Shah Alam untuk kursus tersebut.Agak kepenatan juga. Apa tidaknya, belum sempat aku sucikan kepala aku daripada segala kekusutan sebelum ini, terpaksa aku sambung lagi kekusutan yang baru. Terpaksa juga aku tinggalkan si kecil aku bersama mertua . Bajunya yang belum dibasuh aku bawa bersama. hihihi... Tetapi, aku tidak kisah kerana itu. Memang kursus ini yang aku nantikan.

Walau apa pun, 3 or 4 hari sebelum aku hadiri kursus tersebut. Aku menerima satu keputusan yang cukup mengejutkan dan membimbangkan. Bimbang bagaimana untuk aku teruskan kursus tersebut. Aku hamil lagi untuk kali kedua. Ya Allah.... Memang tidak aku sangka akan secepat itu.Tapi semuanya dah terjadi, menurut doktor dah 5 minggu. Apa pun syukur ke hadrat Ilahi kerana kurniaan ini. Anak aku yang sulung baru genap 3 bulan. hehehe....

Oleh sebab itu, keputusan yang tepat terpaksa aku capai. Sama ada mahu terus hadir kursus atau tidak. Ada yang cadangkan aku tarik diri.Ada juga yang menyokong agar aku teruskan juga. Suami pula tidak menghalang, malah terus menyokong. Apa lagi, aku gagahkan juga untuk hadir.

Selepas melapor diri, aku bagitahu jurulatih bahawa aku sedang hamil. Dan perkhabaran ini sampai kepada pengetahuan ketua jurulatih. Apa pun aku terpaksa akur dengan arahannya dengan tidak membenarkan aku jalani aktiviti kawad kaki. Hasil daripada perbincangan di antara pegawai atasan, aku terpaksa tarik diri daripada terus menyertai kursus ini...Mmmm... sedihnya. Aku terpaksa hadir untuk sesi yang berikutnya. Walau apa pun, aku sempat memenuhi jadual kursus selama seminggu. Hadir untuk sesi kuliah.. Berjalan sejauh 2.4km (peserta lain berlari, tapi aku terpaksa berjalan je...Tapi dengan berjalan yang selaju mungkin, ditemani jurulatih yang cukup sporting, aku mampu memotong peserta lelaki yang sihat
walafiat.hehehe...). Sepanjang itu juga, aku dilantik menjadi setiausaha untuk kursus tersebut. Namun, x sempat aku laksanakan apa-apa tugasan yang berkaitan.Akhirnya, aku pulang semula ke kampus kembali bertugas seperti biasa.

Penyesalan itu tiada. Malah aku rasakan tidak rugi walau sedikit pun dengan kekerasan hati aku untuk hadir kursus walaupun aku sedia mengetahui bahawa aku sedang hamil dan terpaksa akur dengan keputusan pihak atasan yang tidak membenarkan aku meneruskan kursus kerana bimbang berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Apa pun, syukur kepada Allah, walaupun telah menarik balik rezeki kursus tersebut, sebaliknya Dia juga telah kurniakan anugerah yang lebih besar daripada itu.

InsyaAllah.Untuk sesi berikutnya, aku harap mampu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. Dan aku akan cuba melaksanakan yang terbaik dan cuba membawa satu kejayaan yang membanggakan untuk diri aku dan juga kampus secara amnya sekurang-kurang Anugerah Akademik Terbaik. Itu cabaran dan impian yang aku cuba untuk realitikan. InsyaAllah.



sarapan pagi kami yang agak sedih.hehehe.telur rebus (tanpa kicap)+ roti yang keras dan liat (kena celup air baru lembut) + marjerin + teh o. apa pun syukur la yer... nama lagi cabaran. nama lagi unit keselamatan. patut kental dan lasak jiwa dan fizikal.


best nyer kalau aku dapat menyertainya. aku cuma mampu jadi pemerhati je dari jauh.


ni sesi latihan seni mempertahankan diri (taekwondo). aku juga hanya mampu jadi pemerhati.huhu..


taekwondo x boleh buat. jaga je la harta-harta peserta lain.

Thursday, October 22

Hidu Gam......


mudah didapati di mana2..... murah juga harganya....

Malam tadi, aku sempat menonton rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul Akmal Sidek. Selalunya aku agak jarang menonton rancangan ni. Tapi ntah kenapa topik yang dipaparkan malam tadi agak menarik perhatian."HISAP GAM".... Berkisahkan anak2 melayu kita yang ketagih hisap gam... Tiba2 aku jadi loya n pening...Seolah2 aku pula yang terhidu gam.... Astaghfirullah..... melihatkan anak2 melayu kita yang berpeleseran hidup bagai jerangkung separuh gila penangan hidu gam....Cukup menyedihkan..... bagi aku, kalau nak hisap pun, hisap lah la ganja ke..tapi jangan lah berkongsi jarum...kan kene HIV AIDS plak.... jangan la hisap gam.... akibat hisap gam ni lebih teruk daripada tu....penangannya terus sampai dan makan otak.... tau2 rasa cam superman terbang di awangan....biul jadinya....ceh...cakap macam aku ni de pengalaman je kan...heh...x de lah.... benda ni kita boleh fikir dengan logik akal kita.... itu untuk orang yang mampu berfikir la.... kalau jenis bodoh itu x tau ini x tau.... x bleh wat ape lah....

minta jauh daripada semua ni....aduhai.....

Bagi aku, tiba masanya pihak berkuasa mengambil serius terhadap permasalahan ni.. anak2 melayu kita ramai mengambil jalan mudah hidu gam ekoran darapada harga gam yang murah dan boleh dapat di mana2 saje tanpa sebarang kawalan....harusnya pihak berkuasa gubal satu undang2 yang boleh sabitkan kesalahan terhadap penghidu gam dan jadikan gam tersebut sebagai bahan kawalan terlarang. rasanya jika permasalahan ini terus dibiarkan, nescaya makin hari makin pincanglah anak2 melayu kita.....

Dalam konteks ini, siapakah yang harus kita persalahkan? TEPUK DADA, TANYALAH IMAN MASING2..... NA'UZUBILLAH.....

Tuesday, October 20

Farish Ohh Farish....


ntah apa farish buat sekarang ni yer.....

Dua tiga malam ni, aku kebingungan..... x tentu arah rasa rindukan di kecil Farish.... Farish tiada bersama aku n papa ketika ni.... neneknya nak jaga.... aku bagi je lah....hehehehe...baiknya hati kan... pas tu merana sorang2....mmmm....cadangnya aku nak tinggalkan untuk mak jaga hujung minggu ni.... memandangkan aku nak final exam akhir bulan ni..... tinggalkan Farish bersama mak harapkan dapat beri ruang untuk aku study...kononnnya la...... hampeh je..... tapi x de makna nya nak study..... kepala asyik duk ingat Farish je..... x sanggup aku berjauhan.....Farish.... Mama miz u much......


alalala tomei...tomei...

Makan - Makan...... Hari raya....

Semalam (19 Oktober 2009), Majlis Hari Raya diadakan.... buat pertama kali juga, aku x de nak prepare n masak apa2 untuk sebarang majlis...... selalunya aku akan sediakan sedikit juadah untuk dikongsi bersama..... tapi kali ni, aku jadi malas..... apatah lagi si kecil Farish tiada bersama (dijaga neneknya di Segamat), aku ambil kesempatan ketiadaannya untuk tebus kembali masa tidur aku.....hehehe.....

menu untuk majlis kali ni pelbagai.... ade rendang ayam.....lemang..... ketupat....soto...... laksa..... sate n kuah kacang.... kuih muih dan banyak lagi...... apa pun, aku cuma makan sate n kuah kacang n rendang je..... ini lah kesukaan aku.....pas tu sempat juga merasa laksa penang sikit...... menu lain bagi aku dah biasa sangat...... lagi pun sekarang ni aku dalam proses mengecilkan badan, so makan pun x de lah gelojoh cam biasa...kikiki..... apa pun majlis kali agak simple dan x formal tetapi melimpah dengan makanan yang cukup banyak..... diiringi alunan lagu raya......pas tu ada juga staff yang menyumbangkan suara yang sumbang menyanyikan lagu raya..... seronok juga la....

jom tgk gambar yang sempat aku snap....ZZzasssssssss.......


licin sehingga menjilat jari..... kami x membazir tau......


kak areeda..... maslinda...... kak hazami......


sempat pulak kak hajar n bob berduet yer.....

dah lama kita x bergambar berdua yer..... sebuk je budin tu....

Friday, October 16

Pertama Marhaban

Pada malam ahad yang lepas, aku berkesempatan untuk menyambut marhaban di rumah mentua aku di Taman Bunga Raya, Gemereh, Segamat... Ni lah pengalaman pertama aku menyambut marhaban... Selama ni aku hanya dengar je ungkapan marhaban tanpa merasainya..... Bagi aku, marhaban ni adalah lebih kepada konsep kunjung mengunjungi jiran tetangga sahabat handai bagi mengeratkan lagi talian silaturrahim..Mmmm...not bad.... agak menyeronokkan juga.... dapat berkumpul dan kenal2 dengan penduduk sekitar..... apatah lagi aku ni yang masih baru menjadi penghuni sementara di taman tersebut...... Inilah untungnya hidup merantau.... dapat mengenali budaya tempat orang...... kat bawah ni ade beberapa gambar yang sempat aku snap masa majlis...ZZaaasssssssss..............



Meira n The Geng....

Setelah penat melayan bermarhaban, akhirnya Farish lena seiring Aliff (teman sebaya)
Kanak2 Istimewa Anugerah Allah - sempat lagi duk nyanyi depan TV...Mencuit hati...

Budak2 ni datang nak collect duit je yek...hehe..


Wednesday, October 14

BERSUA KEMBALI

Sudah agak lama aku menyepi daripada menulis blog ni.... Bukan apa... Semakin hari aku rasakan semakin malas untuk menulis.. apatah lagi kekangan masa yang agak terbatas untuk duduk lama menghadap skrin komputer.... dengan status baru sebagai seorang ibu... dalam kepala hanya tergambar wajah si kecil farish..hehehe.... kemaruk orang baru dapat anak agaknya yer......

Aku pun dah kembali bertugas.... huhu... nasib baik atas hasil diet aku yang x seberapa...dapat la aku sarungkan semula uniform lama aku.... hari ni hari kedua aku bertugas.... perasaan yang bercampur baur untuk berhenti kerja.... aku rasakan lebih selesa duduk rumah jadi suri rumah sepenuh masa... walaupun masa rehat agak terbatas di rumah terkejar sana sini melaksanakan kerja rumah, tapi ianya cukup menyeronokkan.... kalau dulu aku suka tangguh2kan kerja...yer la...apa tak nyer....tangguh2 pun kejap lagi boleh buat lagi.... tapi kini, ade je masa terluang, aku x boleh tangguhkan lagi...ketika si kecik farish tidur, aku terpaksa berkejar siapkan mana yang perlu... kalau x...huhuhu.... x dapat nak buat lagi.... aku pun dah rajin nak basuh baju, sidai baju, lipat baju n susun baju...ni keja yang paling malas aku nak buat.... kalau dulu banyaknya si suami yang cute miut tu yang buat.... paling tidak pun aku susun baju yang dah siap lipat je...kikiki.... alaa.... bukan malas....biarlah dia yang buat.... daripada x buat apa2 duk tgk tv je....kan kan kan....

Apa pun buat papa n farish, mama cuba jadi the best mum n wife to both of you....

selepas 2 hari mula bertugas, aku agak relax n ni lah masa rehat untuk aku.... kerja aku pun bukan apa sangat.... ada kerja aku buat.... x de kerja aku relax n buat2 ade kerja....hahaha.... ok lah..... nantikan apa2 perkongsian cerita daripada aku...... ntah bila anku nak menulis lagi...tunggu je lah yek....see you guys with the next post....

Thursday, July 30

Ooo... Aku dah tau....

Aku dah tau kenapa jadi macam ni.... kalau dah macam ni..... Aku pun x mampu nak tolong lagi..... Semoga mencapai sesuatu yang bernilai di luar sana.... Apa pun... Aku doakan kau berjaya dalam hidup... Terima lah dengan redha wahai teman.... Sesungguhnya Tuhan masih menyayangimu....

Blurr...Blurr...

Tiba2 je aku jadi blurrr.... Kenapa? Kenapa dan kenapa? aku x sampai hati... Memang x sampai hati..... kenapa aku yang kena sampaikan? Kenapa??? Kenapa ramainya manusia hari ni yang hanya fikir salah orang..... Lepas tu terus nak jatuhkan? Kenapa? Aku memang x mengerti.... Kenapa tidak mereka berusaha kembalikan insan yang bersalah tu untuk berubah??? Bukankah itu lebih baik sebenarnya??? Ini tidak... Salah sendiri seboleh2 mahu ditutup ditimbus.... Salah orang bermatian-matian mahu dirungkai mahu dikorek..... Apa lah manusia jenis macam ni?? Ya Allah..... kepada siapa harus aku mengadu???? Aku x sampai hati...... x sampai hati..... Terasa cukup berat menanggung amanah yang diberikan secara tiba2 ni..... Apakah harus aku laksanakan amanah ni atau simpan sahaja amanah ini sendirian....? Tolong.......

Air Tangan .......... ? Nyam.... Nyam....

Dalam minggu ni, suami terpaksa mengambil alih tugas memasak..... Sorry yer papa..... mama dah betul2 tak larat nak buat banyak kerja...... Apa pun... Setakat ini apa yang dimasak cukup menyelerakan..... Usaha Tangga Kejayaan.... hehehe....
ini menu pertama...
Ikan cencaru bakar + air asam....
ini menu kedua.....
Teh tarik....

Sup ayam......

mmmmm...... malam ni masak apa plak yer???

Monday, July 27

Hamparan Angan2.......

Angan2 aku........

Aku mahu lihat semua staf keselamatan...........

1. Tahu dan faham cara dan setiap proses dalam tuntutan OT...
2. Tahu cara untuk memohon cuti melalui i-staff portal....
3. Tahu untuk memohon kursus sendiri dan proses selepas hadiri kursus....
4. Tahu untuk membuat sebarang proses tuntutan (perjalanan, elaun makan / harian, upah pakaian seragam dan sebagainya).....
5. Punya hubungan erat dengan staf di semua bahagian... Tidak hanya duduk terperuk dalam kelompok keselamatan sahaja....

Ini yang aku angan2 kan sekarang ni.... Bukan niat dihati untuk lepaskan tangan dan ringankan beban.... Cuma mahu mereka melalui satu anjakan paradigma.... perubahan yang mampu membawa sejuta kebaikan kepada mereka... Bagi aku.... sampai bila mahu mengharapkan orang lain melaksanakan semuanya untuk diri mereka? Hakikatnya diri sendiri langsung tak tahu apa2..... Bukan niat mahu memperlekehkan mahupun mempersendakan mereka...Aku sendiri pun masih merangkak dan bertatih..... Rasanya sudah tiba masa mereka mengalami satu perubahan yang positif.... Jangan kata tiada kemudahan.... Kemudahan ada tersedia.... jangan kata buta IT..... OOhhh.... Duk main game pandai plak yer...... Rasanya perlu ada tunjang yang membawa perubahan ini.... hapuskan tradisi lama yang suka mengharapkan orang lain siap sedia dan laksanakan itu ini.....

Namun adakah ianya akan terus kekal menjadi angan2 aku atau pun menjadi satu realiti suatu hari nanti? Hulurkan tangan Ringankan beban.....

Wednesday, July 22

INILAH SUARA KITA - AWANG ABDULLAH

saringan peringkat negeri Johor 2008 - di plaza larkin... (gugup jugak... coz 1st time lawan kat Johor)
yahoo.... layak ke peringkat akhir..... ( akhirnya.....aku dapat no 4 peringkat Johor)...

INILAH SUARA KITA

Seperti perahu belayar oleh desah angin di musim payah

maruah bangsa kita telah ditunda taufan gelisah

melewati saat-saat terhukum di gelincir sejarah

lalu menghimpun derita bertahun menjadi pengalaman

berkurun, inilah suara kita

suara bangsa berdaulat negara berpanji

suara yang bakal menjelma menjadi tembok kukuh

membenteng hasrat menghadang gerak serbu para penceroboh

ya - sebetulnya kita telah banyak belajar

dari hanyir darah dan keruh air mata

yang pernah mengalir pada alur kepedihan

mengusapi luka bangsa

inilah suara kita

suara kental yang tumbuh dari ladang nurani membenih api

dan suara keramat ini, tidak mungkin surut hanya kerana usikan-usikan baru

dari spekulator antarabangsa berwajah serigala

yang tampil merampas segala hak dan milik kita

dari sehampar sawah padi menhuning emas

telah bertukar menjadi serelung bendang cemas

dari luas lapang lombong bijih

telah tersihir menjadi sepetak kolam najis

dari angka besar graf dagang memancang bursa saham

keloknya menjunam rendah

meninggalkan paras selesa di papan utama

dengan setiap huruf dan segala penunjuk

berada pada arah aliran yang semakin kuncup

astaga...... mereka datang dengan teori serba gila.

dan kini, gemerincing suara genderang perang

bergema kembali menggamit roh semangat pahlawan terbilang

ya! tok janggut, mat kilau, dato bahaman

seakan mengirim semula suara keramat penuh amanah

berselang tingkah dengan pesan laksamana hang tuah

"tak melayu hilang di dunia"

dan hari ini, suara itu bersambung kembali dengan ucap kata

seorang perdana menteri di era teknologi

"tak malaysia lenyap di muka bumi"

walau dunia semakin lebur batas sempadannya

kita tetap selamat dalam acuan keyakinan rakyat

bahawa kita memiliki satu suara

MERDEKA!!!!!

inilah antara puisi yang aku minati untuk dipersembahkan...coretannya cukup puitis dan mampu menggamit perasaan yang pelbagai.... Kenangan yang lepas..... setiap tahun akan aku sertai sayembara puisi patriotik dan persembahkan di malam ambang kemerdekaan....tapi tahun ni.... aku terpaksa batalkan hasrat tentang semua tu memandangkan aku tengah sarat hamil.... x per... tahun depan cuba lagi.....

Kaki....


lihatlah kakiku..... comel..tembam.. bengkak.... sembab.... menakutkan....hihihi....

Genap 35 minggu aku mengendong bakal zuriat aku.... kepenatan makin terasa.... dari awal hamil, aku tak mengalami apa2 masalah pun.... mabuk tidak...loya tidak... muntah tidak... sihat walafiat.... kesihatan aku baik2 je..... aku agak aktif orangnya..... seawal 2 bulan kehamilan..... aku boleh travel ke Genting Highlands.... siap main go-cart lagi..pas tu travel balik kelantan..... mandi pantai plak tu.... huhuhu.... bila malamnyer... kena penangan mandi pantai... aku x boleh jalan....serik rasa.. sakit x daya aku tanggung masa tu...kenalah merangkak atau terkinjut2 sebelah kaki untuk bergerak... hihihi... nasib baik kandungan aku ok je...... aku jalan sana... jalan sini.... apatah lagi tiap2 minggu pulak aku akan travel balik ke segamat untuk hadiri kelas pengajian aku..... tapi sejak akhir2 ni.... aku mula rasa kepenatan.... agak susah pergerakan aku.... kadang2 terasa sakit.... apa pun terpaksa aku tahan dan tanggung... walau sakit mana yang aku rasa.... agak jarang untuk aku meluahkan mahupun merungut.. rasanya mungkin disebabkan kaki aku yang membengkak.... sembab.... sekali pandang.. kelakar pulak dengan kaki aku ni.... comel semacam je..... apa pun.... aku gagahkan juga untuk aku bergerak..... seboleh2nya x nak menyusahkan sesiapa apatah lagi suami aku.... Sesekali mengalir juga air mata menahan kesakitan di tengah2 malam apabila terjaga dari tidur.... keselesaan tidur pun terpaksa diabaikan..... Aku x nak dikatakan terlalu mengada2.... aku x nak dikatakan pemalas.... apa pun, aku akan cuba laksanakan sesuatu selagi aku berdaya..... Harapan aku juga, harap bakal zuriat aku sekuat dan setabah aku nanti......

penangan mandi pantai.... malamnyer terus x bleh jalan..... (suami n anak sedara aku....aku tukang ambik gambar) - hamil 2 bulan lebih..

kenangan di genting highlands...... hamil 2 bulan masa tu...

Minggu depan dah masuk 36 minggu..... pas tu 37 minggu.....38....39... Ya Allah.... Tabahkanlah hati hambaMu ini dalam menghadapi saat-saat getir ini....

Wednesday, July 15

Mungkinkah Ada Rezeki Aku????

10 Julai 2009.... Jumaat.... Di Wisma Persekutuan, Johor Bahru..... Aku hadir untuk sesi ujian fizikal dan temuduga bagi jawatan #####@@@@@! Gred tinggi sikit la daripada gred sekarang ni.... Aku hadir dengan perut yang membesar.... sarat mengendong bakal zuriat aku.....

Tibanya aku di sana.... ramai mata yang memerhati... apa tak nya... calon lelaki hadir lain dengan segak bergaya..... calon wanita lain pula sumenya slim2..... Apa pun, syukur aku lulus untuk ujian fizikal.... tak sangka ek.... perut dah macam ni pun lulus gak..... yang herannya... ramai jugak calon laki lain yang datang then terus balik dengan hampa sebab x lulus ujian fizikal...hehehe.... nasib aku baik kot hari tu..... dah rezeki katanya kan.... hihihi....

Sesi temuduga juga berjalan lancar.... dengan persiapan yang rapi.... dokumen yang tersusun dan lengkap..... (TQ kat Firdaus) sebab sudi bantu aku.... Begitu juga Pn. Fasha..... Kak Areeda... sudi menyiapkan segala dokumen sokongan yang diperlukan.... PM. Dr. Hj. Ahmad.... Sudi menyokong..... tak lupa kat suami aku..... yang sudi ambil cuti n hantar aku pergi sana..... TQ bebanyak...

Setengah jam aku duk dalam bilik temuduga.... bersama2 2 orang panel ..... dua2 hensem.. hehe.... muka serius tapi enjoy..... macam2 soalan dan topik aku kena soal.... kena speaking english lagi.... berbelit lidah aku....hihihi..... dah tu pulak kena speaking chinese pulak..... aduh.... layankan je la.... Apa pun aku x biarkan panel je yang soal aku..... aku pun ade soal dorang.... satu soalan yang aku tanya... panjang berjela jawapan dorang..... huhuhu.... saja je tanyer...... hehehe.....nak suh nampak aku banyak cakap je......huhuhu....

Harap2 ade rezeki aku..... Doakan aku berjaya untuk dapatkan jawatan tu ek..... Aku pasrah.... aku redha..... aku dah cuba yang terbaik..... Semuanya bergantung pada rezeki...... Jika Allah izinkan.... maka tersurat lah rezeki aku..... Jika Allah tak izinkan...... Mungkin ada yang tersirat dan hikmah disebaliknya..... Cuba dan usaha lagi....

Tuesday, July 14

Seronok VS Bosan....Makin Bosan... Teramat Bosan...


11 Nov 2007, Aku jejaki UiTM Jb sebagai Pengawal Keselamatan. Mulanya aku rasa cukup senang bertugas di sini... Memandangkan kampusnya yang tidaklah sebesar mana... Mmm...Cukup senang kerja aku....Aku bertatih sedikit demi sedikit mencari ilmu dalam melaksanakan tugas harian.... Aku dikelilingi oleh 9 jejaka dalam unit aku "Unit Keselamatan". Masa tu, kami ibarat 1 keluarga.... Susah senang bersama.... Cukup menyeronokkan.... Apa pun..... Itu kenangan lampau.... Kenangan masa tu akan aku semat dalam hati....

Tapi hari ini, perasaan bosan semakin membuak-buak dalam diri aku... Aku cukup bosan dan semakin bosan berada dalam unit ini.... Aku juga rasa semakin malas untuk melaksanakan tugasan.... Kerenah demi kerenah kian timbul membuatkan aku cukup tekanan..... Malu.... Sakit hati.... Dan sebagainya lagi.... Isy..... Tak baik kot melayan perasaan cam ni.... Mmmm..... Apa boleh buat..... Dah tak boleh nak tahan.....


Selama ini, aku rasakan seolah-oleh aku dikongkong sebalik sifat yang suka melenting..... cepat melatah..... berfikiran negatif.... Suka menyalahkan orang lain..... menuding jari.... itu x betul ini x betul..... macam2 sifat buruk...... inilah realiti sikap dalam unit aku.... Alamak aiii...... ini kalau orang besar unit aku tau.... mati aku...... huhuhu.... Hhhhhmmmmm..... AAhhhh...lantaklah.... Aku dah tak tahan.... Biar je dia tau..... Malu rasa dengan staf sekeliling.... Satu unit tapi saling berburuk sangka... Satu bumbung tapi acap menuding jari.... oowwhh.... help me.....

Apa yang aku tau.... sekarang aku nak lari daripada sikap dan sifat yang tak baik semua tu..... Kebenaran hakikat jelas terpancar di depan mata aku sekarang ni..... jelas menerangi jiwa aku di kala ini..... Moga Allah kukuhkan hati aku ini ke arah yang lebih murni.... Aku nak jadi orang yang sentiasa berfikiran positif.... Malas aku nak fikirkan lagi.... Buat sakit otak je.... baik aku fikirkan tentang life aku.... study aku.... bakal zuriat aku yang bakal melihat dunia tak lama lagi...

Apa pun, harap satu hari dibukakan hati mereka ke arah yang lebih positif... Begitu juga aku yang masih lagi merangkak...bertatih mencari ilmu.... moga terus dibekalkan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi apa jua kemungkinan..... diberkati segala ilmu yang aku tuntut....

Thursday, July 9

11 JULY 2009 - Bermulanya....


11 July 2009... Bermulalah sesi pengajian aku untuk semester baru. semester July - Disember. Semester ni juga merupakan paling mencabar yang aku rasa.... keadaan aku yang sarat mengendong zuriat dalam perut... Juga menanti saat untuk aku bergelar Ibu kepada bakal zuriat aku.... Ntah bagaimana aku perlu hadapinya nanti... Apa pun, aku perlu hadapinya dengan tabah. Aku x bercadang nak ambil cuti khas pengajian lagi... Rasa x sanggup nak tangguhkan pengajian aku semester ini.... Apa pun, aku yang pilih jalan hidup ini, aku terpaksa harunginya walau apa jua yang berlaku... Kepada para pensyarah dan rakan2 kelas semester ni, aku perlukan support daripada kalian... Aku cuba sedaya mungkin....Sedaya yang termampu....




Kenali Lelaki Berkahwin Yang Gatal Mengaku Bujang....

1 ~ Bila bawa kereta…lajuuuuu semacam. Tak da la nak romantik dan bawa pelan-pelan sambil pegang-pegang tangan…mata pulak asyik melilau-lilau ke kiri kanan dengan penuh sangsi. Haaa…takut kawan-kawan bini nampak lah tu.

2 ~ Dia hanya dapat dihubungi hanya dengan nombor handphone. No Office ke rumah ke…NONE! dan hanya dapat call dia tengahari je…bila belah malam, asyik off! Then you kena tinggal voice message…tengok-tengok, dia call you balik. Haaa…keluar rumah lah tu jap, pergi kedai ke apa ke…just to call you tanpa isteri di sebelah hehehe..

3 ~ Bila keluar dating…asyik-asyik tengok jam…dan sibuk nak balik awal, walau malam masih muda…adoi, dah kahwin lah tu…takut bini marah balik lambat!

4 ~ Apabila keluar bersama dan bertemu kawan-kawan dia atau keluarga dia…anda hanya dikenalkan sebagai kawan sepejabat atau kawan biasa. Jauh sekali nak dikenalkan girlfriend atau kekasih… Nak mampus? Nanti isteri di rumah mengamuk…takuuuuutt!! Haa..tau pun takut... Menggatal tak plak takut...

5 ~ Selalu sahaja cancel bila berjanji untuk berjumpa. Asal nak dating je, ada aje perkara yang membatalkan pertemuan tu….Beb, lelaki akan cari jalan macam-macam mana pun kerana nak jumpa girlfriend. Kalau asyik cancel je…ada isterilah tu!Padan pompuan tu...Sapa suruh dating ngan suami orang....

6 ~ Bila dapat pergi dating lak…asyik dating outstation je…kat luar town je. Haa…ada gak siap tanya bro tu, “Pasal apa boyfriend dia ni asyik bawa dia ke luar jauh2je?” …hehe, sayang oi…dia dah kahwin lah tu…tak nak terjumpa dengan bini dia beb.

7 ~ Haa..yang ni lagi teruk, ada juga yang sanggup parking kereta dia kata mana-mana, then minta girlfriend datang ambik. Asal nak jumpa je, naik kereta girlfriend. Kereta dia langsung tak nak pakai…hmmm, apa lagi…tak nak orang cam dia bawa perempuan lain lah tu. Nanti tahu kat isteri…tidur kat luar lah beb! Padan muka....Kalau macam tu, tak yah balik umah terus pun bagus....

8 ~ Dah kenal berbulan, tapi rumah dia, anda tak tahu pun kat mana…kerja dia dimana pun tak tahu. Kat mana dia selalu pergi shopping..pun anda tak tahu, nak pergi ke rumah famili dia jauh sekali. Nak buat camana…semua tempat tu, pasti terserempak dengan isteri dia….

9 ~ Ada pulak tu, asyik duk layan chatting ym cari teman siber....teman siber kononnya.... kawan sekadar di alam maya katanya.... Haaa.. mula2 memang lah di alam maya.... bile dah lama2..... realiti di alam nyata plak.... Bukan tentu laki jenis biul cam ni... Dah kawen buat la cara dah kawen. X yah nak ngaku bujang.... X der plak nak rasa bersalah duk menipu pompuan2 kat luar sana... Esok2 anak2 ikut menipu macam ayah dia, baru padan muka.... Bawa bertaubat lah bg laki jenis macam ni....Kesian kat bini kat umah tu...

9 ~ Apabila ada office family day, gathering atau party kat office…tak pernah dia na
k bawa anda. Ada je alasan, dia tak suka family daylah, dia tak nak pergilah, dia segan dengan kawan-kawan sepejabat lah…hakikatnya? He is a married man, and its a family day…mestilah nak bawa bini beb!

10 ~ Ada pulak sesetengah lelaki tu, selalu bawa anda keluar…tapi keluar ke tempat-tempat orang penuh sesak. Sebabnya, kalau tempat ramai orang, dia boleh jawab kat bini dia, “Ramai orang keliling abang hari tu, perempuan mana lah yang Ayang cakap tu? Semua tak lawa, tak ada pun yang abang berkenan…” haaa…kesian girlfriend.

Psss..... kalau ada sesiapa yang terasa, harap maap la yer... Kebetulan jumpa isu ni... aku petik je la..... Tapi kalau ada di antara korang yang jenis macam ni, bawa2 la bertaubat. Cuba lah rasa bersalah sikit dan rasa bertanggungjawab. Kalau yang suka menipu kononnya bujang tak kahwin lagi, korang pk la... Aku rasa awal2 tak payah kahwin lagi bagus.. Tak de nak nyusahkan bini kat rumah.... Tak der nak sakitkan hati bini...Gatal tak tentu pasal... hihihi...Sorry yek...hehehe....

Friday, July 3

Celiklah Mata..... Cerahkan hati..... Muliakan Jiwa....


hidup menjadi tak keruan
bersila dalam kelompok durjana
manusia yang suka menuding jari
sentiasa meneropong salah silap insan lain

tanpa kita sedari
dalam arus lena diulik mimpi
terus kita teruja menerima
menyokong tanpa sebarang intaian
intai ianya benar atau tidak

namun...
lamunan terhenti
disentak ucap kata hikmat
diri mula bertafakur
muhasabah diri
cuba luruskan panduan hidup
agar tidak terus terpesong
disamping insan yang berhati batu
agar jiwa kembali tenang
moga terus dibukakan pintu hati
mengejar liku hidup yang terus diredhaiNya
menikmati nikmat hidup yang terus diberkatiNya

Isteri Hamil.... Apa Perlu Suami lakukan.... ( ii )

Mengapa bayi lahir menjadi cacat

Kelahiran bayi cacat mempunyai kesan dalam hati setiap ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat.

Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang percaya bahawa wanita yang cacat besar kemungkinan melahirkan bayi yang cacat.

Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dan lain-lain. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitulah sebaliknya.

Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

1. Menanam uri

Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan anak

Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak

Usaha untuk membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan daripada Allah. Oleh itu, ibu bapa digalakkan sentiasa mendoakan untuk anak-anak supaya menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia. Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :

a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128

b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38

c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74

d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40

e) Doa ketika memberi nama anak


4. Panduan menamakan anak

Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya. Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

Pemilihan nama yang utama

- Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:

“Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah." (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi)

- Nama-nama yang dilarang termasuklah :

Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka’abah dan lain-lain. Nama yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.

Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya.Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang.

Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.

Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya.

5. Penyembelihan aqiqah

Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah “Sunat Muakkad”. Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

6. Mengkhatankan anak

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan.Hukum berkhatan menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.

7. Mendidik moral anak

Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :

a. Pendidikan supaya bersyukur

b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah

c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua

d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.

e. Pendidikan tentang solat

f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar

g. Pendidikan supaya bersabar

h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh

i. Pendidikan dari segi kesederhanaan

Isteri Hamil.... Apa Perlu Suami lakukan....


1. Amalan suami semasa isteri mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri

h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, SurahAn Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

2. Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri,s ebagai teman hidup yang paling dekat.

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut," La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "maksudnya" Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

3. Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.

Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita.

Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam.

Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi pada waktu malam.Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

Wednesday, March 25

BIG SHOW....

Big Show... itulah nama diberi kepada biri-biri dari baka merino ini... bila terpandang bi show, terkenang kembali kepada "Jonnhy"... "Jonnhy" juga merupakan spesis biri-biri...ianya wujud sewaktu aku masih keanak-anakkan... sudah agak lama ianya berlalu... waktu itu "Jonnhy" mainan aku.... belakangnya aku panjat tunggang macam kuda....bila kenangkan kembali keseronokan sewaktu kanak-kanak...... hidup aku ditemani biri-biri, arnab, dan sebagainya.... Segala yang wujud adalah sekadar hobi ayahku... Mmmm... Cukup menyeronokkan...

AKU MAHU PULANG.....

Sesekali bila aku renungkan.... aku rindu kampung halaman... rindu kepada keluarga.... rindu kepada mak ayah.... rindu adik2... rindu biri2 (rita...tania...lain2)... Kadang2 aku cukup bosan dengan kehidupan di sini... tiada erti bagi aku... sesekali terlintas penyesalan dengan keputusan yang telah aku capai kini... tapi apakan daya.... aku telah memilih....jadi terpaksa aku hadapi dan lalui... sudah ketentuan daripadaNya kehidupan aku begini... apa pun jua, kepadaMu aku berserah ... kekuatan dan ketabahan tunjang untuk aku terus hadapi kehidupan kini...

DI SEBALIK JERIJI

DI SEBALIK JERIJI....

Di sebalik jeriji….
Tersembur erti kehidupan

Manusia durjana terserlah jua
Lahir jua keinsafan
Air mata gugur tanpa batasan
Kilauan wajah ibu dan ayah
Sayu dan pilu di kaca mata


Di sebalik jeriji...
Doa dipohon dikurnia kekuatan
Hari mendatang terus dirempuh
Malu mencengkam dihadap jua
Ketabahan dilalui dengan sokongan
Rentetan peristiwa disemai rapi
KepadaMu hati berserah
Moga diberkati hari mendatang
Insan yang luhur rahmat diberkati.

Monday, January 12

Anak-anak...

Beginilah keletah kanak-kanak zaman sekarang....
Celik IT.... Gaya mengalahkan orang dewasa...
(Cik Mohd Aisar Syafi) Eee... Comelnya..

Cik Mohd Ammar Amani (Kerek betul budak ni tau...huhuhu...)