Wednesday, December 31

Berlabuh Sudah Tirai Tahun 2008

Hanya dalam tempoh beberapa jam lagi, akan berlabuhlah tirai tahun 2008. Sepanjang tahun 2008, cukup banyak rentetan peristiwa pahit manis yang aku kecapi . Segalanya akan aku sematkan dalam hati aku sebagai kenangan yang terindah.
Apa pun jua, setiap yang berlaku adalah lumrah kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi milik Allah Yang Maha Esa ini. Kejujuran.... Kesetiaan..... Ketabahan..... dan Keyakinan menjadi tonggak kepada keutuhan jiwa kita dalam menghadapi setiap dugaan dan ujian daripadaNya. Aku akhiri tahun 2008 dengan suatu nikmat kemanisan yang tiada terhingga untuk dirasakan. Syukur Alhamdulillah..... Semoga menjelmanya tahun baru 2009 akan lebih membawa sejuta pengertian dalam hidup aku.... Tidak lupa juga dalam hidup teman sekalian.
Note : Tahun Kalender Islam telah mendahului Kalender Inggeris 3 hari lebih awal.
Apakah pengertian ini???? Fikirkanlah sendiri.

Tuesday, December 23

Akhirnya...... Rezeki DaripadaNya Diperolehi!

Akhirnya, aku perolehi jua rezeki daripada Allah Yang Maha Esa. Aku bersyukur kepadaNya kerana Dia sudi memberi. Aku menerima kurniaanNya dengan penuh kegembiraan dan hati yang terbuka. Kurniaan ini akan mendewasakan lagi diri dan kehidupan aku ini. Tidak dapat aku gambarkan dan luahkan akan pemberian ini. Hanya Dia Yang Satu yang mengerti segalanya. Alhamdulillah..... Akan aku cuba berusaha yang terbaik untuk menjaga amanah yang telah diberikan kepada aku sehinggalah segalanya sempurna dan selamat hingga ke akhirnya....

Thursday, December 18

Chocolate Yang Terbang Jauh...


Hari ini, aku masuk je office, aku dapat chocolate daripada Kak Yulie (Staff JB)... Katanya Cik Raziah (study kat NZ) kirim dan suruh bahagi2 kan untuk semua.... Daripada 1 bar, masing2 dapat la 2 potongan cube... Kebetulan giliran aku dapat yang sarat dengan hazelnut... woww... memang meriah.... Dah la chocolate ni terbang jauh nak sampai ke Jb ni.... Dari NZ.... Tapi, dengan kepala yang berat, hidung tersumbat berair2.... Aku juz gigit sikit je then passing kat Kerol untuk habiskan.... Apatah lagi chocolate tu manis sangat.... Memang x suka tau..... Cukup la sekadar merasa..... Aku bukan macam Kak Rina.... Hantu chocolate....huhuhu....

Wednesday, December 17

Aduhh.... Nak Demam Lagi Ke???

Sudah seminggu lebih aku tak update blog... bukan apa... malas jadinya.... Aku pun agak moody je semenjak 2 menjak ni.... Nape yer??? Hari ni pula, dah rasa macam nak demam... dari malam tadi aku kesejukan. Hari ni memang rasa sejuk sangat... Badan sakit2.. Padahal bukan aku buat kerja berat sangat pun. Tambah menyakitkan pula, wujudnya mata ikan dalam mulut aku.... Seksa rasa... Pada asalnya, gusi aku terjojos kene berus gigi.... Alih2 bertukar jadi mata ikan pula.... Sakitnya bukan kepalang.... Aku tak suka melayan sakit ni... Setakat demam selsema biasa tu nothing bagi aku..... Untuk tahun ni, aku merasa demam teruk masa lepas raya puasa hari tu.. Memang tak terbangun aku dibuatnya.. Selang 2 minggu, belum sempat demam yang itu sembuh sepenuhnya aku demam teruk lagi sekali... Tumbang lagi sekali... Itu la kan.... sebelum ni kononnya kebal, sikit2 tak heran.... sekali kena....mak aii.... Aku tak dapat bayang kan betapa seksanya.....
Apa aku nak buat hari ni???? Blurr....Blurr... Blurrr la.... Sejuk... Gigil.... Panas.... Semua rasa... Aduh..... Bila rasa cam ni, mula lah mengada nak minum ais laa..... makan ABC la.... Iissyyyyy......

Tuesday, December 2

Naik Air Lagi....

Rumah aku kat kampung naik air lagi...... huhuhu.... Paras betis pula tu dalam rumah..... huhuhu.... Kesian mak aku..... Kena berkemas basuh rumah lagi..... Tapi tak apalah..... Lagi pun dah agak lama rumah tu tak naik air..... Sekali-sekala apa nak kisah kan.....

Monday, December 1

Nikmatnya Hari Sabtu dan Ahad

Aku merasa cukup puas bila dapat habiskan masa di rumah pada hari Sabtu dan Ahad.... Apa tak nyer... Sebelum ni, Sabtu dan Ahad memang aku akan tinggalkan rumah. Masa aku untuk Sabtu dan Ahad akan aku habiskan untuk menghadiri kelas. So bila dah tamatnya final exam lebih kurang 2 minggu lepas, aku cukup teruja. Betapa nikmatnya aku rasa dengan hari Sabtu dan Ahad yang menjelang. Tapi, ni pun sekejap je... Lepas ni, ade rezeki, aku kena hadir kelas lagi....
Sabtu....
Sabtu yang lalu, malam... Aku dan suami bawa Alia (anak buah aku) keluar pergi makan... Semenjak tiba di rumah aku Jumaat malam, Alia asyik suruh aku jangan masak malam tu..... Sebabnya dia nak sangat makan nasi ayam KFC. Jadi malam tu, aku layankan kerenah Alia tu. Suami aku bawa pergi "tapau" nasi ayam KFC tu, pas tu port makan pula, di bawanya aku dan Alia ke Senibong. Suami aku nak makan nasi lemak. Katanya lah..... Aku layankan je.... Lagi pun dah lama juga aku tak ke Senibong tu.

kat Senibong.... makan nasi lemak...badan aku pun dah ber+ lemak dah... ngeri pulak bila tgk muka yang tembam...... huhuhu...gemuknya.....



dalam kereta...pusing2 JB...

Lepas makan, kami pusing2 sekitar JB.. Dah tak tau arah tujuan sebenarnya... Nak tak nak layankan je lah pergi pusing2 kat Danga Bay... Dah tu terserempak pula member2 suami aku.... Aku ambil keputusan duduk je dalam kereta, sedangkan suami keluar lepak dengan member2nya...


Ahad....

Dalam tengah hari, suami bawa aku dan Alia pergi Leisure Mall.... rupa2nya ada perlawanan bowling di kalangan member2 suami yang dijumpanya malam tadi. Tetapi, kami sampai agak lewat... Game pun dah tamat...



kerol with Alia



dalam kereta.... o.t.w gi dataran....

Kemudian kami pergi pula ke Dataran JB... Di situlah geng2 kereta kancil member suami aku berkumpul... Seronok juga bila tengok kerete2 kancil berkumpul..... Dah tu macam2 pula ubah suaian kereta tu... Tetapi apa pun, aku bukan minat sangat... just layankan suami aku je...hehehe....



santai makan steambot (belum sampai).... aku pelanggan pertama bagi income kat tauke stembot di dataran... tak best steambot Jb...haha....


posing d c c barisan kereta kancil... nampak kononnya cantik kereta2 ni.... tapi bg aku orang yang ade seni ni..... x de ape yang menarik pun dengan kereta2 tu... ahaakkksss..

kancil....kancil....kancil....

Lepas tu, kami bawa pula Alia ke The Zon... Kononnya ada Kids Day kat sana.... Saje je nak happykan Alia tu.... Lagipun bukan senang aku dapat jumpa anak buah aku tu... Ni kebetulan Alia datang JB, rumah atuk nya... Kalau tak, terpaksa tunggu aku balik kampung baru dapat jumpa.... Dah tiba The Zon.... Alahai.... Tak de lah meriah sangat.... Apa pun aku bagi peluang kat Alia untuk bermain2..... Happy juga si Alia tu aku tengok.... Sampai berpeluh2 badan dibuatnya..

yeepeee....best nya la....

ni semua game untuk budak2.... teringin jugak nak main...hihihi...(ade ball throwing, golf n lain2)

see..... laki aku bersungguh2 tunggu popcorn free... beat jugak popcorn tu.... lebih butter n gula... lemak2 berkrim..



Agak2 dah penat badan, kami pun pulang... Malamnya pula aku dan suami hantar Alia balik rumah atuknya kat Skudai.....
Isyh....... Betapa bestnya dapat relax hati Sabtu dan Ahad.... huhuhu....