Wednesday, October 24

Maafkan Aku Yer OJ..

Assalamualaikum.....

Tengahari semalam, sementelah saya godek2 facebook, terpampang wajah adik saya dengan jubah konvo..
Astaghfirullah..... serius saya terlupa... hajat di hati memang nak teman adik saya yang sorang ni masa hari konvo dia.. Ya Allah... saya boleh terlupa sangat2.... MMmmm.... walau apa pun, saya bangga. atas usahanya banyak kejayaan telah OJ genggam. Biar apa pun kesilapan yang pernah dihadapi , biar orang kata hidupnya x berkat, biar orang kata belajarnya x berkat, biar orang kata dia banyak derhaka, apa yang penting kesilapan yang pernah dilakukan telah disedari. kesilapan itu mendapat keampunan daripada kedua Mummy dan Daddy... Biar kita pernah buat salah, orang mengata kita, dan kita sedar tentang kesilapan kita... itu adalah lebih baik... Berbanding orang yang hanya tahu salahkan kita, cakap kita macam2, apa yang dibuat dianggap sentiasa betul, padahal banyak hati yang telah diguris terutama kedua ibu bapa tanpa dan langsung mereka sedari... jangan kita kata kita dah punya segalanya. x perlu apa2 lagi.. iNGAT!!! ALLAH MAHA ADIL.. SEKALI DIA TARIK BALIK SEGALA REZEKI YANG PERNAH DIKURNIAKAN, TERIMALAH AZABNYA...

Tiap dari kita x kan lekang dari kesilapan. Begitu juga saya. Begitu juga adik2 saya. Tiap kesilapan yang disedari, saya tegur mereka baik2.. Begitu juga mereka yang akan menegur saya bila saya ada berlaku silap..  Saya sayangkan adik2 saya. saya mahu lihat kejayaan adik2 saya. Tanggaungjawab kita sebagai hamba Allah, adalah kepada semua Umat di dunia ini. Kerana semuanya Datang daripadaNya. Bukan hanya bertanggungjawab pada keluarga kita suami kita anak kita saja... Cuma perlu kita letakkan mana yang utama. kedua dan yang seterusnya..

Untuk adik saya CHE BENAZIR BINTI CHE ABDUL HADI  aka OJ.....Aku sayang kat ko sebagai adik aku.. Tahniah atas segala kejayaan. Aku mohon maaf kerana x dapat temankan ko masa hari konvo tempoh hari.

Anugerah pelatih terbaik keseluruhan Kor Suksis selutuh IPT (dengan pangkat Inspektor)

anugerah keseluruhan tebaik dalam course

thesis terbaik...

TAHNIAH MY DEAR.....

Monday, October 8

Ade Lagi Yang Datang....

Allah S.W.T sentiasa menguji HambaNya. Hamba Yang diuji Hamba yang terpilih. Hamba yang kuat. Allah tidak zalim untuk menguji HambaNya yang lemah. Saya sangkakan tidak mungkin or tidak akan berlaku lagi.. Tapi itulah lumrah kehidupan kita sebagai hamba Allah, sekali lagi saya diuji.. Namun saat diuji, Allah dudukkan saya di samping 2 orang insan yang cukup tabah dan mulia sifatnya. Terima kasih Ya Allah. Dugaan itu untuk saya, juga untuk 2 insan tersebut. Sama2 redha dan tabah. setiap dugaan yang datang, pasti ade hikmahnya. Renungkan segala salah silap diri, moga ianya lebih baik pada masa akan datang.

**Rindu nak peluk Mummy n Daddy.... Mizz u much dear...

Thursday, October 4

AArrgghh....Gigi Dah Kurang!!!!

Dah hampir beberapa mingu saya duk tahan2.... Hari2 plan nak gi jumpa dentist...lepas tu...esok je lah..esok je lah...last2 capai juga 3 minggu....

So semalam, pergilah saya mengadap Dr gigi..... Akhirnya, kurang lah gigi saya sebatang.... Aduyaii.. Konon nak jaga status kerja, dapat MC tapi tak guna...Kerja juga.. Tapi sakitnya lepas hilang kesan bius, hanya Tuhan saja yang tahu... Sebelum ni pernah juga cabut gigi. Tapi x pernah rasa apa2 pun. Tapi kali ni, seksa rasanya. Hinggalah hari ni. Sssaakkiitttt.... Arrggghhhhhhhh........Nak telah air liur pun sakit tau.....Eerrgghhh...sakit tu penawar dosa....hehe...tahan je la...sabar je lah...