Thursday, October 3

Siti Zuraihan Abdul Rashid

Sudah agak lama aku terputus hubungan dengan sahabat bernama SITI ZURAIHAN ABDUL RASHID. CT adalah kawan merangkap sahabat aku sewaktu di bangku sekolah menengah. Aku mulai rapat dengan CT sewaktu di Tingkatan 6. Apabila kami sama2 aktif berpidato, berforum, bersajak, dan macam2 lagi.

 CT adalah Penolong Ketua Pengawas. Aku adalah Pengawas. Tahun 2002, CT pegang Juara Tokoh Kokurikulum. Tahun 2003, aku pula yang pegang. Dalam tempoh persekolahan tingkatan 6, pendek kata kami sangat rapat. 

Tamat Tingkatan 6, CT dapat masuk UUM. Akhirnya Ct buat keputusan terus tinggal bersama kakak beliau di Subang. Waktu itu, aku dan CT masih berhubung melalui telefon. Aku juga pernah pergi ke Subang berjumpa Ct dan bermalam di rumah kakak CT. Tamat UUM, CT kerja di TV9.

Masa majlis kahwin aku, CT ambil cuti. CT yang paling awal datang. CT iring aku sekali ke masjid untuk akad nikah. Kami terus berhubung seperti biasa. Dalam setahun dua ni, aku lost contact dengan CT. mungkin CT busy kot. FB CT pun jarang update.

Suatu hari sedang godek2 FB, rakan yang lain tagged gambar CT berkahwin dengan HAJI AHMAD NOOR SULAIMAN, pengacara Halaqah TV9. Berdiri bulu roma aku mendengar dan melihat perkhabaran ini.Akhirnya, di usia 29 tahun, CT bertemu jodoh dengan seorang insan yang terkenal dengan celoteh keagamaannya. Syukur Alhamdulillah. Kalau dah jodoh, tak ke mana. CT mohon maaf kepada aku sebab tak jemput ke majlis perkahwinannya. Katanya kecil-kecilan sahaja.

Kini Ct adalah Penerbit Halaqah TV9. Tahniah buat sahabat aku. SITI ZURAIHAN ABDUL RASHID. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.

Semoga persahabatan ini terus kekal sampai bila2.