Thursday, September 6

Duo Simfoni

Assalamualaikum....

Syukur Alhamdulillah. Selesai sudah Majlis sambutan Hari Raya peringkat HSAJB.
Apa pun usaha dan penat yang saya lalui kerana terpaksa uruskan persembahan sempena majlis tersebut sungguh berbaloi..

DUO SIMFONI....Hasil gabungan 2 elemen seni dalam satu persembahan. "Deklamasi Puisi + Dikir Barat". walau pada awalnya agak memberi kekecewaan kepada saya. Namun, itulah hakikat yang perlu saya tempuh selaku pengurus persembahan. Tiapn apa yang kita rancang tidak semestinya terus tercapai.. Untuk tercapai persembahan ini, saya perlu lalui sesi merajuk.....menangis...marah dan macam2 lagi.... Akhirnya segalanya lancar walau hanya 80% tercapai apa yang dirancang. Itu sudah cukup membuat saya bangga kerana hasilnya memukau dan pujian demi pujian yang positif telah kami terima.

Saya benar2 menangis dan rasa cukup kecewa. Telah saya usaha dapatkan peralatan untuk dikir barat. Hakikat pada awalnya tiada kesungguhan kerana perasaan malu dan segan di kalangan anggota saya. Haaa....bila dah lihat saya menangis, gugur air mata, kesungguhan mula terhasil. Masing2 kembali bagi sokongan yang positif. Akhirnya....HHuuuuhhhhh.......Well Done...

Ringkasan persembahan... Aak2 dikir naik dengan step tersendiri.... Kemudian terhenti dengan gaya lamunan kerana sebenarnya ia dimulakan dengan deklamasi Puisi Aidilfitri. Siapa yang deklamasikan??? mmm..siapa lagi kalu bukannnnnnn....SAYALAH......gian tau...agak lama menyepi dari dunia puisi ni...

Kemudian disusuli dengan nyanyian  + iringan dikir barat. Lagu "KU PUHON RESTU AYAH BONDA". Suara penyanyi superbb tau.... Tidak sia-sia saya pilih..

Kembang hidung Kembang dada bila dipuji..hehehe....

Apapa pun, terima kasih kepada semua anggota saya atas kerjasama dan semangat kalian. InsyaAllah untuk jemputan persembahan seterusnya, kita kasi gegas lagi HSAJB..

Wassalam.