Sunday, October 17

90 Hari

Cuti bersalin antara yang diumukna oleh PM pada pembentangan bajet 2011..90 hari..Apa nilai yang ada pada tempoh 90 hari? Mungkin ada yang teruja dengan tempoh 90 hari. Tapi bagiku, ia tiada nilai. Hakikatnya, bagiku,tempoh 60 hari lebih bernilai. Angka 90 hari yang diungkapkan cuma 1 pengeliruan.

Apa pun jua, ia bergantung kepada individu yang terlibat. Tepuk dada, Tanyalah iman...

Wednesday, October 13

Terbakar

cermin kereta housemate Nurul retak akibat gentian yang terbajar dan terjatuh menghempap kereta. Kereta tidapat dapat dialihkan kerana kunci bereda di tingkat atas rumah.
bumbung rumah Nurul yang hangus dijilat api..

rumah jiran Nurul...Total loss..inilah punca kebakaran

Syukurlah rumah Nurul rakan sekerja hanya mengalami kebakaran yang sedikit, dan tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.

Pergi buat selama2nya..

Isnin, lebih kurang jam 6 ptg, aku mendapat berita bahawa Tok Ya (nenek kepada suamiku) telah pergi mengadap Pencitanya buat selama-lamanya.Innalillah .... Kali terakhir bertemu Tok Ya adalah pada pagi 1 Syawal... Alhamdulillah, suamiku sempat menatap wajah nendanya tercinta buat kali terakhir. Suami pulang ber2 bersama Farish dengan hanya menaiki bas.

Al-Fatihah buat arwah Tok Ya...

Tuesday, October 5

CAT...

CAT.... Aku cukup teruja apabila Si Comel aku "FARISH" dah pandai sebut "CAT". Farish dah kenal nama haiwan berkaki 4 tersebut.. Bila nampak je kucing, dengan cepatnya Farish senyum dan sebut "CAT"... Kebetulan di rumah Mak Lang (Ibu Saudara Suami) di Klang, suami aku mengetip jari tanda memanggil kucing...lantas Farish mengikut gaya papanya menguis2 jari sambil sebut "CAT".. Alahai....comelnya... Aku ketawa sendirian...

Farish dah pandai mengikut gaya perbuatan mama dan papanya.. Semalam, aku aku memegang sebungkus Cotton Bud, Farish merengek2 mahukan cotton bud tersebut.. Lantas aku keluarkan sebatang dan berikan padanya. Sungguh tidak aku sangka, Farish menggyakan cotton bud tersebut dengan mengorek telinga. Alamak aiii.... Terkejut aku dibuatnya. Ini sungguh bahaya untuk si kecil yang baru berusia 1 tahun 2 bulan... Namun begitu, aku perhatikan juga gayanya mengorek telinga sambil memantau.. takut juga tercucuk lalu luka telinganya nanti. Selepas kanan, ditukar pula dengan mengorek sebelah kiri.MMmmm.... Clever Boy...

Kini, apa yang aku nampak, farish sudah tahu fungsi penggunaan sesuatu barang.. Contohnya :

Handphone : ditekapnya tepi telinga
Remote TV : dihalakan ke arah TV (gaya untuk menukar channel TV)
Skaf @ Cekak rambut, topi : diusahaknnya untuk dipakai di atas kepala..
Spec @cermin mata : mahu dipakainya dibahagian mata tetapi masih terbalik...

So sweet... Aku harapkan IQ nya akan terus berkembang dengan sebaiknya. .Mmmuuahh..Mama Saya Ayish....