Tuesday, October 5

CAT...

CAT.... Aku cukup teruja apabila Si Comel aku "FARISH" dah pandai sebut "CAT". Farish dah kenal nama haiwan berkaki 4 tersebut.. Bila nampak je kucing, dengan cepatnya Farish senyum dan sebut "CAT"... Kebetulan di rumah Mak Lang (Ibu Saudara Suami) di Klang, suami aku mengetip jari tanda memanggil kucing...lantas Farish mengikut gaya papanya menguis2 jari sambil sebut "CAT".. Alahai....comelnya... Aku ketawa sendirian...

Farish dah pandai mengikut gaya perbuatan mama dan papanya.. Semalam, aku aku memegang sebungkus Cotton Bud, Farish merengek2 mahukan cotton bud tersebut.. Lantas aku keluarkan sebatang dan berikan padanya. Sungguh tidak aku sangka, Farish menggyakan cotton bud tersebut dengan mengorek telinga. Alamak aiii.... Terkejut aku dibuatnya. Ini sungguh bahaya untuk si kecil yang baru berusia 1 tahun 2 bulan... Namun begitu, aku perhatikan juga gayanya mengorek telinga sambil memantau.. takut juga tercucuk lalu luka telinganya nanti. Selepas kanan, ditukar pula dengan mengorek sebelah kiri.MMmmm.... Clever Boy...

Kini, apa yang aku nampak, farish sudah tahu fungsi penggunaan sesuatu barang.. Contohnya :

Handphone : ditekapnya tepi telinga
Remote TV : dihalakan ke arah TV (gaya untuk menukar channel TV)
Skaf @ Cekak rambut, topi : diusahaknnya untuk dipakai di atas kepala..
Spec @cermin mata : mahu dipakainya dibahagian mata tetapi masih terbalik...

So sweet... Aku harapkan IQ nya akan terus berkembang dengan sebaiknya. .Mmmuuahh..Mama Saya Ayish....

No comments: