Friday, November 28

Ayat Kursi


SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan
salam daripada isterinya.

Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A.W.
bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun
satu ayat..."


Wassalam,
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk
Dunia Mu, Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk
Akhirat Mu"

------------ --------- --------- --------- --------- -

>> Subhanallah. ..
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia
terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta
diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih
laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak
melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap
selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap
perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan
berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa
billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak
diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad
Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak
terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-
mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa!

Cinta

Semalam, aku menerima email daripada En. Zainal (merangkap Ketua Unit aku laa....). Emailnya sebagai mana tertera dibawah ni.. Bila akau baca dan setelah aku renung2 kan... Kisah tertera ini cukup tersirat dengan seribu makna...Jika kita baca sepintas lalu, mungkin tiada apa yang kita rasa. Tetapi cuba kita bayangkan, ibaratnya kita di tempat isteri (watak dalam kisah ni), pasti terselit rasa insaf dan syahdu di hati naluri kita. Walau bagaimana pun, kisah ini boleh kita simpulkan dan dinilai dalam banyak sudut yang positif... Ianya tidak terikat dengan cinta semata-mata..

Adakah Cinta Memerlukan Sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."
So, apakah nilai yang korang dapat melalui kisah ni???? Tepuk dada tanyalah hati masing-masing.... Lu pk lah sendiri....hehehe....

Thursday, November 27

OLIVIA

OLIVIA.... Cerita best yang aku suka tonton (jam 6 ptg - 7 ptg) ... Cerita ni adalah genre cinta+komedi... Aku tak suka sangat tonton cerita cinta semata2.... Macam kebanyakkan cerita filem di Malaysia ni... Jarang sangat aku ikut perkembangan... Sebabnya.... Sebab ia amat membosankan...Aku lebih suka menonton cerita berkonsepkan kekeluargaan, atau pun cerita2 yang banyak konflik.. Tetapi macam cerita OLIVIA ni, konflik cerita cintanya dalam bentuk komedi, cukup menghiburkan dan tidak membosankan...

Ia mengisahkan seorang wanita bernama OLIVIA, sanggup buat apa sahaja demi mengejar cinta sejatinya terhadap JUSTINE (watak hero dalam cerita ni). Ade je helah si OLIVIA ni tau... OLIVIA sanggup berubah perwatakan menyamar jadi lelaki semata2 mahu sentiasa dekat dengan JUSTINE.OLIVIA berubah menjadi RUBEN. Tinggal dalam kolej yang sama, malah berusaha menjadi pemain bola sepak yang baik semata2 JUSTINE... ( ini secara ringkas je lah k...)

Akhirnya, OLIVIA kantoi daripada menyamar sebagai RUBEN semasa perlawanan akhir bola sepak. JUSTINE cukup marah dengan OLIVIA kerana telah menipu dan mempermainkannya.... OLIVIA meminta maaf atas tindakannya.... Namun, JUSTINE terpaksa akur setelah semua rakan2nya menyebelahi OLIVIA dan meminta JUSTINE untuk memaafkan OLIVIA. Sejenak kemudian, JUSTINE sedar kan pengorbanan OLIVIA dan sudi memaafkan OLIVIA. Endingnya, cinta OLIVIA dan JUSTINE kembali berputik.

Dengan music yang cukup syahdu mengiringi plot pengakhiran kisah OLIVIA ini, aku sempat juga mengalir air mata dengan ending cerita ni. Cukup syahdu. Berakhirlah sudah plot cerita ini.
Mmmm.... Lepas ni ntah apa lagi cerita yang bakal menarik perhatian aku untuk menontonnya...... ????

Wednesday, November 26

Alhamdulillah..... Selesai Sudah.....


Sabtu yang lepas (22 Nov 2008), majlis menyambut menantu, sempena pernikahan aku yang lepas telah selamat dijalankan. Tanpa hujan, tanpa ribut.... Semua lancar. Cuaca begitu baik sepanjang majlis.

Malam sebelum tu, Jumaat (21 nov 2008), Aku tidur di rumah tamu Ledang Inn. Awal2 lagi aku minta tolong kak Rina tempahkan. Asalnya plan ajak Kak Wan dan Dayah tidur sekali. Dah last2 minit mereka cancel. Perghhh.... Kecik jugak hati aku waktu tu. Tapi x pe lah... Aku malas nak fikir2 sangat. Tak ade baloinya pun... Sorry ek... hehehe...

Aku bukan apa. Bukan sengaja tak nak tidur kat rumah mertua aku. Tapi cuba fikir.... Majlis tu majlis sambut menantu.. Takkan aku nak tidur kat rumah mertua aku dan sambut mak aku datang je.. Bagi aku itu dah bukan majlis sambut menantu, dah bertukar jadi majlis sambut keluarga"besan" plak kan. Family aku plak pagi Sabtu baru bertolak dari KL "rumah Kak Long" ke tempat majlis. Nak tak nak, aku gagahkan juga jiwa aku ni untuk tinggal di Ledang Inn.

Aku tiba di Ledang Inn dalam pukul 7.30 pm. En. Zainal (Pembantu Keselamatan UiTM KBJB)yang hantar aku ke sana.

En. Zainal :" berani ke awak duduk kat Ledang Inn tu?".....

Aku :" jangan difikirkan sangat encik, kita ni menumpang, buat lah cara menumpang. nak ikutkan hati takut, memang semua orang takut."

En. Zainal :" Haaa..... itu lah yang saya nak dengar tu".....


Sampai je, aku turun kereta. Dalam keadaan gelap gelita.... Aku buka pintu rumah.... Aku bagi salam..... "ASSALAMUALAIKUM".... Aku melangkah masuk ke dalam rumah.... Aku buka semua lampu.... Kemudian menuju ke bilik 104... Masuk ke bilik juga aku bagi salam... "ASSALAMUALAIKUM".... Berdiri juga bulu roma aku ketika itu.... Apa tak nyer.... Dalam kepala dah set dah... Orang duk bercerita macam2 pasal rumah tamu tu... Aku berserah.... Minta2 aku dijauhkan daripada semua perkara yang menakutkan....


Lebih kurang lepas isyak, suami aku datang dan bawa aku keluar pergi makan. Kami makan depan rumah Kak Rina pada malam tu. Kemudian berpusing plak mencari bakul rotan... Aku perlukan bakul untuk hiaskan buah tangan untuk majlis nanti. Berpusing2 cari kedai, semua kedai tutup. Adduhh.... Tension aku tau... Plan aku dah tak jadi. Masih awal lagi, cepat plak kedai tutup malam tu... Last2, suami aku cadangkan buat dalam bentuk hamper je.. Aku pun dibawa lah ke kedai RM2... Dengan rasa yang tak puas hati, aku beli bakul dan barang2 lain yang mana perlu.

Kemudian, aku ajak pula suami aku pergi ke sebelah NIRWANA untuk beli buah. Lepas je parking, aku terpandang ade kedai menjual barangan hiasan dan pengantin. Terus aku berlari menuju ke kedai tersebut... Akhirnya dapat juga aku beli bakul.... Suami aku datang....

Suami:" Mmmmm.... Papa dah tau dah.. Mama mesti takkan puas hati selagi tak dapat apa yang mama nak...".

Aku senyum je. Lepas tu, baru lah aku pergi beli buah... Buah itu pun untuk majlis esoknya... Selesai je semua, suami hantar aku balik rumah Ledang Inn. Duduk lah aku sorang 2 kat situ...

bersepah bilik..... baru mula nak menghias....

Malam tu juga, aku siapkan buah tangan untuk dibawa ke majlis esoknya. Ada buah-buahan, coklat, barang2 dalm tin, dan juga kain pasang dan pelikat untuk mak dan ayah mertua aku. Hias pun bukan cantik sangat pun, sekadar susun dalam bakul je. hehehe... selesai je menyusun, aku pun tidur. Sedar lah aku pada keesokan paginya...

haaaa..... dah siap pun... cantik X???? boleh la ek....

Alhamdulillah.... Syukur tiada apa yang berlaku.... Aku kemas bilik dan bersiap2 untuk ke majlis sambil menanti family aku sampai.... Lebih kurang pukul 12 pm, family aku sampai. Rumah Tamu Ledang Inn yang sunyi bertukar riuh rendah dengan suara family aku, terutamanya suara anak2 saudara aku... huhuhu... Happy aku masa tu... Apa tak nyer.... Dapat jumpa mak ayah aku, anak saudara aku yang 8 orang tu.... Lagi pun masing2 jauh, jarang aku dapat jumpa melainkan aku balik kampung. Last sekali aku jumpa mereka masa Raya Idulfitri tempoh hari. Lebih kurang pukul 12:45 pm, kami bertolak ke tempat majlis.



suami dan adik2nya sedang bersiap......awal korang bangun kan....hehehe....


majlis mula dengan 'khatam Quran" adik ipar aku... NURUL AMEIRA...


dah sampai, terus ngappp... makan ler.... aku pun dah lapar x makan dari pagi....

(ni semua family aku, tapi baru sebahagian, belum semua yang datang)


Setibanya aku di tempat majlis (rumah mertua aku), kelihatan suami aku sedang menunggu. Suami dan keluarga mertua menyambut kedatangan aku dan family.... haaaa..... Baru lah ada fill untuk majlis sambut menantu.... hihihi..... Kami makan makanan yang disediakan ....Majlis kali ini simple je.... Ramai yang bertanya kenapa tak sanding..... Nak tahu kenapa??? Mmmmm..... Sebenarnya aku memang niat untuk simple2 je... Jamu orang makan.... Bersanding ni penat tau tak... Cukup lah aku dah merasa masa majlis di rumah aku tempoh hari.... Kemudian family aku di jemput masuk ke dalam rumah untuk rehat sekejap hilang kan penat..... Dalam rumah tu pun, daripada suasana sunyi, bertukar kecoh ngan suara anak2 saudara aku....

arrgghhhh..... dah kenyang, duk r lepak2 kat dalam rumah jap...... kecoh rumah dibuatnya....

Di samping itu, aku pula dibawa suami untuk diperkenalkan kepada tetamu yang hadir... Ini lah "orang rumah" nya..... Tersipu2 malu juga aku waktu itu... hehehe.... Seketika kemudian, family aku memohon untuk beransur pulang. Jika tadi datang bersama 2 kereta.. Tapi kali ini, untuk pulang, mereka berpecah kepada 2 hala... Abang aku bersama isteri dan anak2nya di samping mummy aku menuju ke Johor Bahru. Kak Long pula bersama suami dan anak2nya diikuti daddy dan adik aku menuju ke KL. Tinggallah aku di rumah mertua....

bergambar sebelum pulang.... miss u all....

dari kiri : suami (Kerol), aku, kakak ipar ( Kak Yana), dan daddy yang aku sayang (bercermin mata)

Petangnya, dalam pukul 3.30 pm, majlis pun selesai... Syukur aku ke hadrat Ilahi, kerana diberikan kesempatan dan cuaca yang cukup baik tanpa sebarang masalah dan gangguan sepanjang majlis dijalankan. Alhamdulillah.... Selesai sudah majlis aku.... Lepas ni, aku dah boleh relax tanpa kusut fikirkan untuk majlis lagi.... yahoo......

rakan2 yang hadir.... terima kasih kerana sanggup mencemar kaki hadir ke majlis aku yang x seberapa ini..... x kan aku lupakan.....

Tuesday, November 25

KESEORANGAN

Hari ini, "Kerol" suami aku keluar bertugas di luar kawasan. Kerol kena pergi KL untuk urusan kenderaan kampus. Pukul 10 pagi tadi dia bertolak. Aduhh.... dah tentu aku akan kebosanan malam ni. Esok baru dia balik. Itu pun mungkin malam baru dia sampai rumah. Sebenarnya aku cukup gelisah kalau berjauhan dengan dia. Cuma kadang2 buat2 ego je konon tak kisah kalau berjauhan. Ni baru satu malam... Cuba bayangkan kalau lama2.....? Bosan 0000..... Rindu tu macam dah cukup lama tak jumpa... Isy....Kemaruk orang baru kahwin agaknya kan...

Thursday, November 20

Rita Yang Manja.....Aku Merinduimu.....


Inilah "RITA"... Miss U Much

Rita oh Rita!!! Pemergianmu cukup menyedihkan aku sekeluarga.

Rita ini sebenarnya adalah seekor anak kambing biri2. Nama Rita ni telah diberikan oleh anak saudara aku - Alia. Rumah aku di kampung ade membela kambing spesis biri2 ni. Kebanyakan biri2 ni ada nama. Ada Nobita.. Ada Sizuka.. Dan Rita ini lah yang paling manja. Adik aku yang lelaki (Zakeer@Ateh) menjaganya dengan baik. Rita ni ramai adik-beradiknya, tapi kebanyakannya mati kerana ibunya tidak mempedulikannya selepas dilahirkan. So selepas Rita lahir, terus adik aku ambil alih tugas ibunya.Sebab itu lah Rita ni cukup manja.

Rita ini cukup kenal dengan suara adik aku. Bila adik aku panggil je "RITA.....", dengan lajunya Rita akan berlari ke arah adik aku. Begitu juga barang2 adik aku. memandangkan adik aku ni juga suka memancing, Rita biasanya akan duduk atau baring di sebelah "batang pancing" adik aku. Rita boleh berkejar-kejaran dengan adik aku. Kadang2 juga adik aku akan bawa Rita pergi jalan2 dengan menaiki kereta jika ade kelapangan ...... Percaya atau tidak?????



Inilah adik aku - Ateh... Arh... Rita kenyang selepas minum susu..

Setiap pagi, apabila buka je pintu dapur, pasti akan nampak Rita terpacak depan pintu dapur. Apa lagi, macam biasa la... Sape2 yang ade kat rumah pagi tu akan bancuh susu dalam botol, pas tu bagi Rita minum... Dah macam jaga seorang budak kecil tau... Dan Rita ni hanya boleh minum susu tepung DUTCHLADY. Kalau bagi susu lain, pasti sakit perut. Begitu lah setiap hari rutin menjaga Rita...

Sekali-sekala bila aku balik kampung, cukup menghiburkan dengan keletah si Rita ni. Dengan jalannya yang terkedek2 diiringi bunyi loceng dilehernya, itu tandanya Rita ada.. Ishhh.... So Cute....

Tetapi, sewaktu aku balik kampung untuk urusan perkahwinan aku tempoh hari, aku tak dengar lagi bunyi loceng Rita. Waktu tu rasanya cukup sunyi. Aku terus bertanya pada Mummy aku "Miey, mana Rita? x nampak pun lagi Rita tu...". Mummy aku dengan perlahannya menjawab "Rita dah mati". Sebak rasa pada waktu tu. Mummy aku bagitahu yang adik aku menangis teresak2 semasa kematian Rita. Tak dapat aku bayang perasaan adik aku pada waktu itu. Aku yang sekali-sekala jumpa pun terasa sedih, apatah lagi adik aku yang menjaganya dengan penuh kemanjaan.

Wednesday, November 19

Tenang Dalam Gelora

18 November 2008 (SELASA), tamat sudah perjuangan aku dalam menghadap "final exam" untuk semester ini - semester Julai/Disember 2008. Tenang rasa jiwa aku ini. Tetapi, dalam ketenangan yang aku rasa, terselit jua rasa gelora dalam hati ini. Aku mula fikirkan "result' yang bakal aku terima nanti. Mungkinkah aku akan lulus semua subjek??? Mungkinkah akan ada subjek yang kantoi??? Aku redha... Tawakal je lah...

masa ni baru lepas paper MGT 300.. berapa lah result yang aku dapat kan.....

Aku juga akui, untuk semester ini, aku banyak ketinggalan kelas. Terutama semasa dalam mengharungi saat2 majlis perkahwinan aku tempoh hari. Waktu itu, tiada lagi fokus dalam kelas. Kusut kepala aku nak settlekan itu ini. Apa tak nyer, tempat majlis aku jauh nun Kelantan. Semuanya aku yang settlekan sendiri. Bila dah banyak kelas yang x dapat aku catch up, mula lah timbul rasa malas.. Rasa tekanan tu tak dapat aku bayangkan. Tetapi, bila aku renung dan lihat semangat Kak Wan Diana, sanggup berjauhan dengan suami, terpaksa berpisah dengan anak2, drive sendiri dari Muadzam ke Kampus - Segamat. Dia aku jadikan sandaran. Jadi, aku kuatkan semangat. Sehinggalah tamat sudah "final exam " tepat pukul 12:00 tengah hari semalam.

senyum je kan... nape??? mentang2 lah soalan spot semua keluar.... huhuhu....

Huhuhu...... betapa aku rasa lapang dada aku ini. Akan aku tuntut janji suami aku yang ingin bawa aku jalan2 selepas aku "clear paper". hehehe... Apa pun, aku harap dengan usaha aku yang sedikit, lulus subjek untuk semester ini.

Thursday, November 13

Aduh! Disebabkan Tangan Aku Yang Gatal.....

Pagi ni, macam biasa, akan aku bukak blog RiNa, DaIa dan DiAnA.. Lepas tu, aku mula godek2 blog aku. tengah godek2, entah macam gatalnya tangan aku, dah aku "remove" kan aku punya profile "ABOUT ME". Niat di hati sebenarnya nak edit, tapi punyalah gatal tangan ni, hilang semuanya dalam sekelip mata. Aduh...! Mengeluh panjang aku..... mmmmm.... Fikir punya fikir, tak ape lah. Apa nak susah. Kak Rina aku yang baik hati ada. huhuhu.... "Apa lagi Kak Rina...... Mulakan tugas ko... hehehe.... Ko kan sifu aku... Hihihi...

Tuesday, November 11

Bermulalah Coretan Aku Di Sini


Salam penuh ikhlas aku layarkan buat member2 aku....RiNa - dAiA - DiAnA.... Ini percubaan aku dalam menulis blog.... Aku suka baca blog member2 aku.... Yang paling pentingnya....Blog RiNa...huhuhu.... Itulah reminder aku.... Bila nak exam???? Bila nak test???? Bila nak submit assignment????? Semuanya ada terpampang dalam blog RiNa.... Senang hidup aku tau...hehehe... Jangan marah yer RiNa.... Aku sebenarnya dah lupa macam mana nak create blog.... Ni aku gagahkan jua tangan aku.... Godek2 dengan blog ni.... hehehe.... Untuk kawan2... Sudi2 lah ajar aku budak yang baru nak bertatih nak belajar ni yer...

Saturday, November 8

Testing Entry

This is testing entry for Maria. Finally, she exciting with a blog's world. I though that she will continue with her english blog but she created a new blog.

So, this is Maria's world!

Welcome!


Your truly,
.:: Rina ::.