Wednesday, November 19

Tenang Dalam Gelora

18 November 2008 (SELASA), tamat sudah perjuangan aku dalam menghadap "final exam" untuk semester ini - semester Julai/Disember 2008. Tenang rasa jiwa aku ini. Tetapi, dalam ketenangan yang aku rasa, terselit jua rasa gelora dalam hati ini. Aku mula fikirkan "result' yang bakal aku terima nanti. Mungkinkah aku akan lulus semua subjek??? Mungkinkah akan ada subjek yang kantoi??? Aku redha... Tawakal je lah...

masa ni baru lepas paper MGT 300.. berapa lah result yang aku dapat kan.....

Aku juga akui, untuk semester ini, aku banyak ketinggalan kelas. Terutama semasa dalam mengharungi saat2 majlis perkahwinan aku tempoh hari. Waktu itu, tiada lagi fokus dalam kelas. Kusut kepala aku nak settlekan itu ini. Apa tak nyer, tempat majlis aku jauh nun Kelantan. Semuanya aku yang settlekan sendiri. Bila dah banyak kelas yang x dapat aku catch up, mula lah timbul rasa malas.. Rasa tekanan tu tak dapat aku bayangkan. Tetapi, bila aku renung dan lihat semangat Kak Wan Diana, sanggup berjauhan dengan suami, terpaksa berpisah dengan anak2, drive sendiri dari Muadzam ke Kampus - Segamat. Dia aku jadikan sandaran. Jadi, aku kuatkan semangat. Sehinggalah tamat sudah "final exam " tepat pukul 12:00 tengah hari semalam.

senyum je kan... nape??? mentang2 lah soalan spot semua keluar.... huhuhu....

Huhuhu...... betapa aku rasa lapang dada aku ini. Akan aku tuntut janji suami aku yang ingin bawa aku jalan2 selepas aku "clear paper". hehehe... Apa pun, aku harap dengan usaha aku yang sedikit, lulus subjek untuk semester ini.