Thursday, November 20

Rita Yang Manja.....Aku Merinduimu.....


Inilah "RITA"... Miss U Much

Rita oh Rita!!! Pemergianmu cukup menyedihkan aku sekeluarga.

Rita ini sebenarnya adalah seekor anak kambing biri2. Nama Rita ni telah diberikan oleh anak saudara aku - Alia. Rumah aku di kampung ade membela kambing spesis biri2 ni. Kebanyakan biri2 ni ada nama. Ada Nobita.. Ada Sizuka.. Dan Rita ini lah yang paling manja. Adik aku yang lelaki (Zakeer@Ateh) menjaganya dengan baik. Rita ni ramai adik-beradiknya, tapi kebanyakannya mati kerana ibunya tidak mempedulikannya selepas dilahirkan. So selepas Rita lahir, terus adik aku ambil alih tugas ibunya.Sebab itu lah Rita ni cukup manja.

Rita ini cukup kenal dengan suara adik aku. Bila adik aku panggil je "RITA.....", dengan lajunya Rita akan berlari ke arah adik aku. Begitu juga barang2 adik aku. memandangkan adik aku ni juga suka memancing, Rita biasanya akan duduk atau baring di sebelah "batang pancing" adik aku. Rita boleh berkejar-kejaran dengan adik aku. Kadang2 juga adik aku akan bawa Rita pergi jalan2 dengan menaiki kereta jika ade kelapangan ...... Percaya atau tidak?????



Inilah adik aku - Ateh... Arh... Rita kenyang selepas minum susu..

Setiap pagi, apabila buka je pintu dapur, pasti akan nampak Rita terpacak depan pintu dapur. Apa lagi, macam biasa la... Sape2 yang ade kat rumah pagi tu akan bancuh susu dalam botol, pas tu bagi Rita minum... Dah macam jaga seorang budak kecil tau... Dan Rita ni hanya boleh minum susu tepung DUTCHLADY. Kalau bagi susu lain, pasti sakit perut. Begitu lah setiap hari rutin menjaga Rita...

Sekali-sekala bila aku balik kampung, cukup menghiburkan dengan keletah si Rita ni. Dengan jalannya yang terkedek2 diiringi bunyi loceng dilehernya, itu tandanya Rita ada.. Ishhh.... So Cute....

Tetapi, sewaktu aku balik kampung untuk urusan perkahwinan aku tempoh hari, aku tak dengar lagi bunyi loceng Rita. Waktu tu rasanya cukup sunyi. Aku terus bertanya pada Mummy aku "Miey, mana Rita? x nampak pun lagi Rita tu...". Mummy aku dengan perlahannya menjawab "Rita dah mati". Sebak rasa pada waktu tu. Mummy aku bagitahu yang adik aku menangis teresak2 semasa kematian Rita. Tak dapat aku bayang perasaan adik aku pada waktu itu. Aku yang sekali-sekala jumpa pun terasa sedih, apatah lagi adik aku yang menjaganya dengan penuh kemanjaan.

7 comments:

halimunanisasi said...

tak pe..patah tumbuh ilang berganti..awak kan dah ade anak ayam yang diberi nama comeyy

Maria Hadiey said...

anak ayam x sama ngan si Rita tu...

Unknown said...

laaa
siannyerr
sedih baca entri ni :(

Rina said...

uwaaa... sib baik name dia bukan rina. klu tak, gua ni serupa kambing laa.

cute nyer si rita tu. lu tak pernah citer pun lu ada kambing cute ni.

Maria Hadiey said...

tu kambing adik gua la... melalak adik gua bile kambing tu mati.... gua sekarang de pengganti... namanyer "COMEYY"... nt gua masuk kat blog..tunggu....

Zanariah said...

Sekali baca, ingatkan namanya Rina. Hehe.. Jgn mare rina. When I was in high school pun ada bela sheep. Bukan sekor, but berpuluh ekor. Kami namakan biri-biri kami bermula dengan huruf B. Baby, Boby, boboi dan mcm-mcm b ler.. Biri-biri memang cute. Byk pengalaman menarik semasa bela biri2 nih, and pernah juga sambut bersalin. haha. Malangnya, after balik States, byk yg dah dijual, dan tetiba dah tak bela lagi. Rindu.

Maria Hadiey said...

tau x pe...memang best dengan sheep ni... dulu masa kecik2 mmg banyak ternakan... puyuh, rabbit, sheep n lain2.. bukan untuk niaga... just for hobby.. bila sampai satu ketika, semua ternakan dah x ade (zaman kesusahan), ni bila kita org semua dah besar, mula membela balik..hehe...