Wednesday, November 26

Alhamdulillah..... Selesai Sudah.....


Sabtu yang lepas (22 Nov 2008), majlis menyambut menantu, sempena pernikahan aku yang lepas telah selamat dijalankan. Tanpa hujan, tanpa ribut.... Semua lancar. Cuaca begitu baik sepanjang majlis.

Malam sebelum tu, Jumaat (21 nov 2008), Aku tidur di rumah tamu Ledang Inn. Awal2 lagi aku minta tolong kak Rina tempahkan. Asalnya plan ajak Kak Wan dan Dayah tidur sekali. Dah last2 minit mereka cancel. Perghhh.... Kecik jugak hati aku waktu tu. Tapi x pe lah... Aku malas nak fikir2 sangat. Tak ade baloinya pun... Sorry ek... hehehe...

Aku bukan apa. Bukan sengaja tak nak tidur kat rumah mertua aku. Tapi cuba fikir.... Majlis tu majlis sambut menantu.. Takkan aku nak tidur kat rumah mertua aku dan sambut mak aku datang je.. Bagi aku itu dah bukan majlis sambut menantu, dah bertukar jadi majlis sambut keluarga"besan" plak kan. Family aku plak pagi Sabtu baru bertolak dari KL "rumah Kak Long" ke tempat majlis. Nak tak nak, aku gagahkan juga jiwa aku ni untuk tinggal di Ledang Inn.

Aku tiba di Ledang Inn dalam pukul 7.30 pm. En. Zainal (Pembantu Keselamatan UiTM KBJB)yang hantar aku ke sana.

En. Zainal :" berani ke awak duduk kat Ledang Inn tu?".....

Aku :" jangan difikirkan sangat encik, kita ni menumpang, buat lah cara menumpang. nak ikutkan hati takut, memang semua orang takut."

En. Zainal :" Haaa..... itu lah yang saya nak dengar tu".....


Sampai je, aku turun kereta. Dalam keadaan gelap gelita.... Aku buka pintu rumah.... Aku bagi salam..... "ASSALAMUALAIKUM".... Aku melangkah masuk ke dalam rumah.... Aku buka semua lampu.... Kemudian menuju ke bilik 104... Masuk ke bilik juga aku bagi salam... "ASSALAMUALAIKUM".... Berdiri juga bulu roma aku ketika itu.... Apa tak nyer.... Dalam kepala dah set dah... Orang duk bercerita macam2 pasal rumah tamu tu... Aku berserah.... Minta2 aku dijauhkan daripada semua perkara yang menakutkan....


Lebih kurang lepas isyak, suami aku datang dan bawa aku keluar pergi makan. Kami makan depan rumah Kak Rina pada malam tu. Kemudian berpusing plak mencari bakul rotan... Aku perlukan bakul untuk hiaskan buah tangan untuk majlis nanti. Berpusing2 cari kedai, semua kedai tutup. Adduhh.... Tension aku tau... Plan aku dah tak jadi. Masih awal lagi, cepat plak kedai tutup malam tu... Last2, suami aku cadangkan buat dalam bentuk hamper je.. Aku pun dibawa lah ke kedai RM2... Dengan rasa yang tak puas hati, aku beli bakul dan barang2 lain yang mana perlu.

Kemudian, aku ajak pula suami aku pergi ke sebelah NIRWANA untuk beli buah. Lepas je parking, aku terpandang ade kedai menjual barangan hiasan dan pengantin. Terus aku berlari menuju ke kedai tersebut... Akhirnya dapat juga aku beli bakul.... Suami aku datang....

Suami:" Mmmmm.... Papa dah tau dah.. Mama mesti takkan puas hati selagi tak dapat apa yang mama nak...".

Aku senyum je. Lepas tu, baru lah aku pergi beli buah... Buah itu pun untuk majlis esoknya... Selesai je semua, suami hantar aku balik rumah Ledang Inn. Duduk lah aku sorang 2 kat situ...

bersepah bilik..... baru mula nak menghias....

Malam tu juga, aku siapkan buah tangan untuk dibawa ke majlis esoknya. Ada buah-buahan, coklat, barang2 dalm tin, dan juga kain pasang dan pelikat untuk mak dan ayah mertua aku. Hias pun bukan cantik sangat pun, sekadar susun dalam bakul je. hehehe... selesai je menyusun, aku pun tidur. Sedar lah aku pada keesokan paginya...

haaaa..... dah siap pun... cantik X???? boleh la ek....

Alhamdulillah.... Syukur tiada apa yang berlaku.... Aku kemas bilik dan bersiap2 untuk ke majlis sambil menanti family aku sampai.... Lebih kurang pukul 12 pm, family aku sampai. Rumah Tamu Ledang Inn yang sunyi bertukar riuh rendah dengan suara family aku, terutamanya suara anak2 saudara aku... huhuhu... Happy aku masa tu... Apa tak nyer.... Dapat jumpa mak ayah aku, anak saudara aku yang 8 orang tu.... Lagi pun masing2 jauh, jarang aku dapat jumpa melainkan aku balik kampung. Last sekali aku jumpa mereka masa Raya Idulfitri tempoh hari. Lebih kurang pukul 12:45 pm, kami bertolak ke tempat majlis.



suami dan adik2nya sedang bersiap......awal korang bangun kan....hehehe....


majlis mula dengan 'khatam Quran" adik ipar aku... NURUL AMEIRA...


dah sampai, terus ngappp... makan ler.... aku pun dah lapar x makan dari pagi....

(ni semua family aku, tapi baru sebahagian, belum semua yang datang)


Setibanya aku di tempat majlis (rumah mertua aku), kelihatan suami aku sedang menunggu. Suami dan keluarga mertua menyambut kedatangan aku dan family.... haaaa..... Baru lah ada fill untuk majlis sambut menantu.... hihihi..... Kami makan makanan yang disediakan ....Majlis kali ini simple je.... Ramai yang bertanya kenapa tak sanding..... Nak tahu kenapa??? Mmmmm..... Sebenarnya aku memang niat untuk simple2 je... Jamu orang makan.... Bersanding ni penat tau tak... Cukup lah aku dah merasa masa majlis di rumah aku tempoh hari.... Kemudian family aku di jemput masuk ke dalam rumah untuk rehat sekejap hilang kan penat..... Dalam rumah tu pun, daripada suasana sunyi, bertukar kecoh ngan suara anak2 saudara aku....

arrgghhhh..... dah kenyang, duk r lepak2 kat dalam rumah jap...... kecoh rumah dibuatnya....

Di samping itu, aku pula dibawa suami untuk diperkenalkan kepada tetamu yang hadir... Ini lah "orang rumah" nya..... Tersipu2 malu juga aku waktu itu... hehehe.... Seketika kemudian, family aku memohon untuk beransur pulang. Jika tadi datang bersama 2 kereta.. Tapi kali ini, untuk pulang, mereka berpecah kepada 2 hala... Abang aku bersama isteri dan anak2nya di samping mummy aku menuju ke Johor Bahru. Kak Long pula bersama suami dan anak2nya diikuti daddy dan adik aku menuju ke KL. Tinggallah aku di rumah mertua....

bergambar sebelum pulang.... miss u all....

dari kiri : suami (Kerol), aku, kakak ipar ( Kak Yana), dan daddy yang aku sayang (bercermin mata)

Petangnya, dalam pukul 3.30 pm, majlis pun selesai... Syukur aku ke hadrat Ilahi, kerana diberikan kesempatan dan cuaca yang cukup baik tanpa sebarang masalah dan gangguan sepanjang majlis dijalankan. Alhamdulillah.... Selesai sudah majlis aku.... Lepas ni, aku dah boleh relax tanpa kusut fikirkan untuk majlis lagi.... yahoo......

rakan2 yang hadir.... terima kasih kerana sanggup mencemar kaki hadir ke majlis aku yang x seberapa ini..... x kan aku lupakan.....

2 comments:

halimunanisasi said...

bes bes..

Unknown said...

sorry bebanyak x dpr g..akak pon time abg balik ni la nk g jenjalan nanti dh start class x bley jenjalan g..sorry again :)