Monday, December 14

TAK SEMPAT TAMAT KURSUS

kenangan bersama peserta kursus wanita dari kampus lain. pertama kali memakai boot kawad.berat juga. masing2 jalan pun dah macam penguin dah.haha.

Surat tawaran kursus telah aku terima. Aku cukup gembira kerana itu. Lantas aku terus menguruskan segala hal-hal berkaitan.segalanya selesai sehingga jangkaan tamat kursus itu nanti. Bila ketua aku arahkan minta buat itu buat ini. Semuanya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Apa yang diarahkan semuanya dah aku uruskan. hihihi.... Jangan pandang aku ni macam orang lain. Setiap perkara itu terpaksa disuruh2 berulang-kali untuk melaksanakannya.

14 NOV adalah exam aku yang terakhir iaitu bagi subjek Eco211 (macroeconomic).15 NOV pula aku perlu bertolak ke Shah Alam untuk kursus tersebut.Agak kepenatan juga. Apa tidaknya, belum sempat aku sucikan kepala aku daripada segala kekusutan sebelum ini, terpaksa aku sambung lagi kekusutan yang baru. Terpaksa juga aku tinggalkan si kecil aku bersama mertua . Bajunya yang belum dibasuh aku bawa bersama. hihihi... Tetapi, aku tidak kisah kerana itu. Memang kursus ini yang aku nantikan.

Walau apa pun, 3 or 4 hari sebelum aku hadiri kursus tersebut. Aku menerima satu keputusan yang cukup mengejutkan dan membimbangkan. Bimbang bagaimana untuk aku teruskan kursus tersebut. Aku hamil lagi untuk kali kedua. Ya Allah.... Memang tidak aku sangka akan secepat itu.Tapi semuanya dah terjadi, menurut doktor dah 5 minggu. Apa pun syukur ke hadrat Ilahi kerana kurniaan ini. Anak aku yang sulung baru genap 3 bulan. hehehe....

Oleh sebab itu, keputusan yang tepat terpaksa aku capai. Sama ada mahu terus hadir kursus atau tidak. Ada yang cadangkan aku tarik diri.Ada juga yang menyokong agar aku teruskan juga. Suami pula tidak menghalang, malah terus menyokong. Apa lagi, aku gagahkan juga untuk hadir.

Selepas melapor diri, aku bagitahu jurulatih bahawa aku sedang hamil. Dan perkhabaran ini sampai kepada pengetahuan ketua jurulatih. Apa pun aku terpaksa akur dengan arahannya dengan tidak membenarkan aku jalani aktiviti kawad kaki. Hasil daripada perbincangan di antara pegawai atasan, aku terpaksa tarik diri daripada terus menyertai kursus ini...Mmmm... sedihnya. Aku terpaksa hadir untuk sesi yang berikutnya. Walau apa pun, aku sempat memenuhi jadual kursus selama seminggu. Hadir untuk sesi kuliah.. Berjalan sejauh 2.4km (peserta lain berlari, tapi aku terpaksa berjalan je...Tapi dengan berjalan yang selaju mungkin, ditemani jurulatih yang cukup sporting, aku mampu memotong peserta lelaki yang sihat
walafiat.hehehe...). Sepanjang itu juga, aku dilantik menjadi setiausaha untuk kursus tersebut. Namun, x sempat aku laksanakan apa-apa tugasan yang berkaitan.Akhirnya, aku pulang semula ke kampus kembali bertugas seperti biasa.

Penyesalan itu tiada. Malah aku rasakan tidak rugi walau sedikit pun dengan kekerasan hati aku untuk hadir kursus walaupun aku sedia mengetahui bahawa aku sedang hamil dan terpaksa akur dengan keputusan pihak atasan yang tidak membenarkan aku meneruskan kursus kerana bimbang berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Apa pun, syukur kepada Allah, walaupun telah menarik balik rezeki kursus tersebut, sebaliknya Dia juga telah kurniakan anugerah yang lebih besar daripada itu.

InsyaAllah.Untuk sesi berikutnya, aku harap mampu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. Dan aku akan cuba melaksanakan yang terbaik dan cuba membawa satu kejayaan yang membanggakan untuk diri aku dan juga kampus secara amnya sekurang-kurang Anugerah Akademik Terbaik. Itu cabaran dan impian yang aku cuba untuk realitikan. InsyaAllah.



sarapan pagi kami yang agak sedih.hehehe.telur rebus (tanpa kicap)+ roti yang keras dan liat (kena celup air baru lembut) + marjerin + teh o. apa pun syukur la yer... nama lagi cabaran. nama lagi unit keselamatan. patut kental dan lasak jiwa dan fizikal.


best nyer kalau aku dapat menyertainya. aku cuma mampu jadi pemerhati je dari jauh.


ni sesi latihan seni mempertahankan diri (taekwondo). aku juga hanya mampu jadi pemerhati.huhu..


taekwondo x boleh buat. jaga je la harta-harta peserta lain.

No comments: