Wednesday, March 25

DI SEBALIK JERIJI

DI SEBALIK JERIJI....

Di sebalik jeriji….
Tersembur erti kehidupan

Manusia durjana terserlah jua
Lahir jua keinsafan
Air mata gugur tanpa batasan
Kilauan wajah ibu dan ayah
Sayu dan pilu di kaca mata


Di sebalik jeriji...
Doa dipohon dikurnia kekuatan
Hari mendatang terus dirempuh
Malu mencengkam dihadap jua
Ketabahan dilalui dengan sokongan
Rentetan peristiwa disemai rapi
KepadaMu hati berserah
Moga diberkati hari mendatang
Insan yang luhur rahmat diberkati.

2 comments:

yana said...

Kehidupan menuntut kita melalui satu perjalanan yang panjang, adakala kita jatuh kerana jalan yang dipilih penuh dengan onak dan duri, tapi kita harus bangun, mencari jalan baru, jika tidak berjumpa, cantaslah segala halangan dihadapan, jika perlu dibina yang baru, lakukanlah, agar kita segera keluar dari situ, ingatlah Jalan yang benar adalah jalan yang diredai dan dilimpahi Nur atau cahaya yang menghakis kegelapan yang diakibatkan oleh kekusutan. Ia itulah jalan yang didoakan melalui kalimah “Ihdinash-shiraathal-mustaqiim” (Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus).

Maria Hadiey said...

sesungguhnya setiap sesuatu yang kita lalui dalam kehidupan adalah membawa sejuta rahmat daripada Allah SWT.. Ia menuntut kita berfikir terhadap apa yang telah dikurniakanNya.. hidup kita di dunia fana ini sentiasa di uji... apatah lagi kita hanya manusia yang daif di muka bumi Allah... Kesyukuran perlu kita panjatkan terhadap segala kurniaanNya.