Thursday, October 4

AArrgghh....Gigi Dah Kurang!!!!

Dah hampir beberapa mingu saya duk tahan2.... Hari2 plan nak gi jumpa dentist...lepas tu...esok je lah..esok je lah...last2 capai juga 3 minggu....

So semalam, pergilah saya mengadap Dr gigi..... Akhirnya, kurang lah gigi saya sebatang.... Aduyaii.. Konon nak jaga status kerja, dapat MC tapi tak guna...Kerja juga.. Tapi sakitnya lepas hilang kesan bius, hanya Tuhan saja yang tahu... Sebelum ni pernah juga cabut gigi. Tapi x pernah rasa apa2 pun. Tapi kali ni, seksa rasanya. Hinggalah hari ni. Sssaakkiitttt.... Arrggghhhhhhhh........Nak telah air liur pun sakit tau.....Eerrgghhh...sakit tu penawar dosa....hehe...tahan je la...sabar je lah...


Thursday, September 6

Duo Simfoni

Assalamualaikum....

Syukur Alhamdulillah. Selesai sudah Majlis sambutan Hari Raya peringkat HSAJB.
Apa pun usaha dan penat yang saya lalui kerana terpaksa uruskan persembahan sempena majlis tersebut sungguh berbaloi..

DUO SIMFONI....Hasil gabungan 2 elemen seni dalam satu persembahan. "Deklamasi Puisi + Dikir Barat". walau pada awalnya agak memberi kekecewaan kepada saya. Namun, itulah hakikat yang perlu saya tempuh selaku pengurus persembahan. Tiapn apa yang kita rancang tidak semestinya terus tercapai.. Untuk tercapai persembahan ini, saya perlu lalui sesi merajuk.....menangis...marah dan macam2 lagi.... Akhirnya segalanya lancar walau hanya 80% tercapai apa yang dirancang. Itu sudah cukup membuat saya bangga kerana hasilnya memukau dan pujian demi pujian yang positif telah kami terima.

Saya benar2 menangis dan rasa cukup kecewa. Telah saya usaha dapatkan peralatan untuk dikir barat. Hakikat pada awalnya tiada kesungguhan kerana perasaan malu dan segan di kalangan anggota saya. Haaa....bila dah lihat saya menangis, gugur air mata, kesungguhan mula terhasil. Masing2 kembali bagi sokongan yang positif. Akhirnya....HHuuuuhhhhh.......Well Done...

Ringkasan persembahan... Aak2 dikir naik dengan step tersendiri.... Kemudian terhenti dengan gaya lamunan kerana sebenarnya ia dimulakan dengan deklamasi Puisi Aidilfitri. Siapa yang deklamasikan??? mmm..siapa lagi kalu bukannnnnnn....SAYALAH......gian tau...agak lama menyepi dari dunia puisi ni...

Kemudian disusuli dengan nyanyian  + iringan dikir barat. Lagu "KU PUHON RESTU AYAH BONDA". Suara penyanyi superbb tau.... Tidak sia-sia saya pilih..

Kembang hidung Kembang dada bila dipuji..hehehe....

Apapa pun, terima kasih kepada semua anggota saya atas kerjasama dan semangat kalian. InsyaAllah untuk jemputan persembahan seterusnya, kita kasi gegas lagi HSAJB..

Wassalam.


Friday, August 3

Farish Yang Semakin Matang

12 Ogos 2012, maka akan genaplah usia hero saya yang sulong yang ke 3 tahun. MUHAMMAD FARISH FAKHRULLAH.... Farish dilihat semakin matang sebagai seorang abang. Bila berjalan, akan dipimpin tangan adiknya Angah (Rayyan). farish juga dah boleh ketuai bacaan doa makan jika kami nak makan. Hatinya juga berkobar2 nak ke sekolah. setiap hari dikeleknya beg dan disumbat macam2 dalam begnya. Dan barang yang paling disayanginya adalah VCD - upin-ipin, ultraman, boboyboi dan lain2. jangan la sesiapa main atau sentuh beg sekolahnya, kalau x nak merasa kene hempuk dek badannya yang gendut tu.

Farish dah boleh ikut papanya ke masjid untuk sembahyang terawih. Seronok tengok gelagatnya yang  bersungguh2 siap dengan baju melayu dan bersongkok ikut papanya ke masjid. Kalau di rumah juga, Farish akan ikut kami sembahyang. Dan yang paling geli hati bila papanya tadah tangan baca doa, farish juga akan ikut dan sekuat suara dia juga akan baca doa. Tapi doa yang dia baca doa makan la. Tapi apa pun tak kisah la kan, walau doa makan yang dibacanya, bagi saya, ia adalah sat perkembangan yang cukup baik untuk anak yang berusia 2 tahun lebih.

Untuk Abang Ayish, mama doakan abang jadi anak yang soleh. Bila besar nanti, mama harap impian abang nak jadi Doctor tercapai yer sayang.

LOVE U MUCH!!!!

Demam - ERFAN FURQAN

Hati saya agak gelisah jika mengenangkan keadaan Erfan yang masih belum kebah dari demam. kalau nak kira2, mungkin juga dah hampir sebulan Erfan dalam keadaan macam tu. Bila makan ubat, suhu badannya akan turun dan normal. Agaknya bila hilang ksan ubat tu pula, badannya kembali panas. Walau pun hanyadengan suhu 38' , tapi sebagai mamanya, dah tentu saya sangat risau .

Kalau nak difikirkan, mungkinkah sebab Erfan tumbuh gigi? @ mungkin juga sebab Erfan BF, dan secara x langsung berjangkit sari saya yang juga masih dalam proses untuk baik dari demam dan selsema? Namun setakat ini, Erfan masih lagi aktif dan tiada masalah pada paru2. Cuma ada sedikit mengada-ngada manja merengek minta dilayan dan didukung. MMmmm..... biasa la kot, anak bongsu katakan. .ecewahh. .Bongsu la sangat yer...hehe.

Apapun, buat anak mama MUHAMMAD NUR ERFAN FURQAN, mama harap adik cepat sembuh yer sayang. .

Wednesday, August 1

Bazar Ramadhan

Hari ini, hari ke 12 kita Umat Islam berpuasa. Puasa saya juga masih penuh setakat ini. Harap2 terus penuh la yer..hehe... Oppsss. . penuh x semestinya saya preggy lagi yer. . .

sepanjang puasa kali ni, baru semalam "puasa ke 11" saya dan suami menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan.  Mmmm.... biasa lah, bazar dekat Giant Southern City yang menjadi pilihan. Untuk puasa kali ni, dah di set kan dalam mind kami, nak kurangkan berbelanja di Bazar Ramadhan. Dan disebabkan itu, puasa ke 11 baru tergerak untuk kami datang.

Hanya dengan 1 niat dari suami, nak mencari nasi lemak ayam berempah. Bila tengok juadah yang dijual, tak ada apa yang nak saya belikan. tengok kuih muih, langsung tak terliur nak saya beli. Dalam hati kata "orang sekarang berniaga memang nak cepat kaya jer". Bila terpandang cream puff yang dijual di bazar, mak aii. kecik jek. Besar sikit dari apam polkadot jek. mmmm. yang saya jual 3 kali ganda besar agaknya. Pusing punya pusing, belilah juga nasi lemak ayam berempah. Harganya boleh tahan mahal. RM6.50 sebungkus. Memang nak cepat kaya kan.

Sampingan lain, suami belikan juga kuih tepung pelita, choc ball dan kek batik. Bila balik dalam kereta, mulut suami saya mengomel jek. Katanya terkejut dengan harga kek batik. 1 keping jatuh pada harga RM1. Mmm.... modal biskut merry dan milo. Milo mahal kot..

Tiba waktu berbuka, nasib baik nasi lemak x mengecewakan. lain2? kuih tepung pelita dan choc ball memang x mau beli lagi. memang x sedap. Kesimpulannya, tak nak beli kat bazar lagi. hehe.

Kalau nak tau, untuk puasa kali ni, saya cuma masak pada hujung minggu saja. Untuk hari-hari bekerja lain, biasanya akan bungkus lauk dari Dewan Makan asrama. Al maklumlah, sejak duduk asrama ni, skill memasak saya jadi hilang. tambah pula kekangan masa yang membataskan saya untuk berada lama di dapur. Bukan apa, sebab bila balik kerja, terpaksa ambil hero2 saya di rumah pengasuh. Jika dulu sebelum pindah, rumah pengasuh sebelah rumah saya jek. Tapi sekarang, terpaksa pusing jauh ke Kampung Melayu. Bukan x nak cari pengasuh dekat2 rumah sekarang, tapi anak2 lebih selesa di sana dengan nenek mereka. lagi pun bukan senang nak dapatkan pengasuh yang baik dan tak berkira macam pengasuh saya sekarang ni.

Apa pun saya mengharapkan ramadhan kali ini terus memberi sinar kepada kehidupan saya, kepada suami dan anak-anak saya, kedua mummy dan daddy saya, adik beradik saya, dan seluruh Umat Islam.