Friday, August 3

Farish Yang Semakin Matang

12 Ogos 2012, maka akan genaplah usia hero saya yang sulong yang ke 3 tahun. MUHAMMAD FARISH FAKHRULLAH.... Farish dilihat semakin matang sebagai seorang abang. Bila berjalan, akan dipimpin tangan adiknya Angah (Rayyan). farish juga dah boleh ketuai bacaan doa makan jika kami nak makan. Hatinya juga berkobar2 nak ke sekolah. setiap hari dikeleknya beg dan disumbat macam2 dalam begnya. Dan barang yang paling disayanginya adalah VCD - upin-ipin, ultraman, boboyboi dan lain2. jangan la sesiapa main atau sentuh beg sekolahnya, kalau x nak merasa kene hempuk dek badannya yang gendut tu.

Farish dah boleh ikut papanya ke masjid untuk sembahyang terawih. Seronok tengok gelagatnya yang  bersungguh2 siap dengan baju melayu dan bersongkok ikut papanya ke masjid. Kalau di rumah juga, Farish akan ikut kami sembahyang. Dan yang paling geli hati bila papanya tadah tangan baca doa, farish juga akan ikut dan sekuat suara dia juga akan baca doa. Tapi doa yang dia baca doa makan la. Tapi apa pun tak kisah la kan, walau doa makan yang dibacanya, bagi saya, ia adalah sat perkembangan yang cukup baik untuk anak yang berusia 2 tahun lebih.

Untuk Abang Ayish, mama doakan abang jadi anak yang soleh. Bila besar nanti, mama harap impian abang nak jadi Doctor tercapai yer sayang.

LOVE U MUCH!!!!

No comments: