Wednesday, August 1

Bazar Ramadhan

Hari ini, hari ke 12 kita Umat Islam berpuasa. Puasa saya juga masih penuh setakat ini. Harap2 terus penuh la yer..hehe... Oppsss. . penuh x semestinya saya preggy lagi yer. . .

sepanjang puasa kali ni, baru semalam "puasa ke 11" saya dan suami menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan.  Mmmm.... biasa lah, bazar dekat Giant Southern City yang menjadi pilihan. Untuk puasa kali ni, dah di set kan dalam mind kami, nak kurangkan berbelanja di Bazar Ramadhan. Dan disebabkan itu, puasa ke 11 baru tergerak untuk kami datang.

Hanya dengan 1 niat dari suami, nak mencari nasi lemak ayam berempah. Bila tengok juadah yang dijual, tak ada apa yang nak saya belikan. tengok kuih muih, langsung tak terliur nak saya beli. Dalam hati kata "orang sekarang berniaga memang nak cepat kaya jer". Bila terpandang cream puff yang dijual di bazar, mak aii. kecik jek. Besar sikit dari apam polkadot jek. mmmm. yang saya jual 3 kali ganda besar agaknya. Pusing punya pusing, belilah juga nasi lemak ayam berempah. Harganya boleh tahan mahal. RM6.50 sebungkus. Memang nak cepat kaya kan.

Sampingan lain, suami belikan juga kuih tepung pelita, choc ball dan kek batik. Bila balik dalam kereta, mulut suami saya mengomel jek. Katanya terkejut dengan harga kek batik. 1 keping jatuh pada harga RM1. Mmm.... modal biskut merry dan milo. Milo mahal kot..

Tiba waktu berbuka, nasib baik nasi lemak x mengecewakan. lain2? kuih tepung pelita dan choc ball memang x mau beli lagi. memang x sedap. Kesimpulannya, tak nak beli kat bazar lagi. hehe.

Kalau nak tau, untuk puasa kali ni, saya cuma masak pada hujung minggu saja. Untuk hari-hari bekerja lain, biasanya akan bungkus lauk dari Dewan Makan asrama. Al maklumlah, sejak duduk asrama ni, skill memasak saya jadi hilang. tambah pula kekangan masa yang membataskan saya untuk berada lama di dapur. Bukan apa, sebab bila balik kerja, terpaksa ambil hero2 saya di rumah pengasuh. Jika dulu sebelum pindah, rumah pengasuh sebelah rumah saya jek. Tapi sekarang, terpaksa pusing jauh ke Kampung Melayu. Bukan x nak cari pengasuh dekat2 rumah sekarang, tapi anak2 lebih selesa di sana dengan nenek mereka. lagi pun bukan senang nak dapatkan pengasuh yang baik dan tak berkira macam pengasuh saya sekarang ni.

Apa pun saya mengharapkan ramadhan kali ini terus memberi sinar kepada kehidupan saya, kepada suami dan anak-anak saya, kedua mummy dan daddy saya, adik beradik saya, dan seluruh Umat Islam.

No comments: