Wednesday, August 1

Bazar Ramadhan

Hari ini, hari ke 12 kita Umat Islam berpuasa. Puasa saya juga masih penuh setakat ini. Harap2 terus penuh la yer..hehe... Oppsss. . penuh x semestinya saya preggy lagi yer. . .

sepanjang puasa kali ni, baru semalam "puasa ke 11" saya dan suami menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan.  Mmmm.... biasa lah, bazar dekat Giant Southern City yang menjadi pilihan. Untuk puasa kali ni, dah di set kan dalam mind kami, nak kurangkan berbelanja di Bazar Ramadhan. Dan disebabkan itu, puasa ke 11 baru tergerak untuk kami datang.

Hanya dengan 1 niat dari suami, nak mencari nasi lemak ayam berempah. Bila tengok juadah yang dijual, tak ada apa yang nak saya belikan. tengok kuih muih, langsung tak terliur nak saya beli. Dalam hati kata "orang sekarang berniaga memang nak cepat kaya jer". Bila terpandang cream puff yang dijual di bazar, mak aii. kecik jek. Besar sikit dari apam polkadot jek. mmmm. yang saya jual 3 kali ganda besar agaknya. Pusing punya pusing, belilah juga nasi lemak ayam berempah. Harganya boleh tahan mahal. RM6.50 sebungkus. Memang nak cepat kaya kan.

Sampingan lain, suami belikan juga kuih tepung pelita, choc ball dan kek batik. Bila balik dalam kereta, mulut suami saya mengomel jek. Katanya terkejut dengan harga kek batik. 1 keping jatuh pada harga RM1. Mmm.... modal biskut merry dan milo. Milo mahal kot..

Tiba waktu berbuka, nasib baik nasi lemak x mengecewakan. lain2? kuih tepung pelita dan choc ball memang x mau beli lagi. memang x sedap. Kesimpulannya, tak nak beli kat bazar lagi. hehe.

Kalau nak tau, untuk puasa kali ni, saya cuma masak pada hujung minggu saja. Untuk hari-hari bekerja lain, biasanya akan bungkus lauk dari Dewan Makan asrama. Al maklumlah, sejak duduk asrama ni, skill memasak saya jadi hilang. tambah pula kekangan masa yang membataskan saya untuk berada lama di dapur. Bukan apa, sebab bila balik kerja, terpaksa ambil hero2 saya di rumah pengasuh. Jika dulu sebelum pindah, rumah pengasuh sebelah rumah saya jek. Tapi sekarang, terpaksa pusing jauh ke Kampung Melayu. Bukan x nak cari pengasuh dekat2 rumah sekarang, tapi anak2 lebih selesa di sana dengan nenek mereka. lagi pun bukan senang nak dapatkan pengasuh yang baik dan tak berkira macam pengasuh saya sekarang ni.

Apa pun saya mengharapkan ramadhan kali ini terus memberi sinar kepada kehidupan saya, kepada suami dan anak-anak saya, kedua mummy dan daddy saya, adik beradik saya, dan seluruh Umat Islam.

Saturday, July 7

Jom Join....(100 tahun Nestle Disisimu)....

Sape yang nak hadiah? angkat tangan.. Cayer...(version my hero - farish)
Jom, agak2 rasa anda hebat bercerita, cerita betapa bermaknanya "nestle: disisi anda selama ni...
dah 100 tahun yer..jgn main2..lama dah ni..haaa...





A 100 year is a rare

and significant milestone and we here at Nestlé Malaysia will be celebrating our centennial anniversary for the entire year of 2012 with the auspicious theme of "Nestlé di sisimu".




In those 100 years, we believe we have made some momentous contributions to Malaysia. Part of the celebration's agenda is to collect 100,000 personal stories from Malaysians. If Nestlé has endeared itself into some part of your life, we would like to hear about it from you.
Do share your incredible story with us and stand a chance to win a monthly cash prize of RM2,000! We're giving away cash prizes with a combined total of RM100,000!



The submission deadline is 30 November 2012, so get your stories in now at the link on top!

Mahu Kembali Aktif

Assalamualaikum....

Lama sudah tak menulis dalam blog ni... Kini, kembali merindu...
Cuba untuk kembali aktif sebagai blogger...
Skill2 penulisan kian luput dalam diri...
Sayang kalau terus dibiarkan...

Anak pun dah 3.
Hero2 saya, (farish, rayyan dan erfan)...
Kehidupan yang semakin mematangkan saya...
Walau dihurung sedikit kehibaan, tapi hero2  lah penguat jantung dan jiwa saya.
Moga Allah terus bukakan pintu hati saya ke arah jalan yang lebih baik dan diredhaiNya.

OOkk....x mau sedih2 lagi yer..
Ape pun, Allah tetap bersama kita yang lemah...
terima Kasih Ya Allah....

Mahu kembali berblog, mahu tampil lagi ceria....
Sharing info yang berbagai...

Sape2 di luar sana, jom bantu saya..

LOVE ALL OF U.....

wassalam....

Wednesday, May 4

Baju VS Baju..

Apa yang ingin saya coretkan kali ni adalah sesuatu yang cukup buat saya ketawa sorang2. Mungkin juga tidak pernah berlaku atau dibuat oleh sesiapa, @ mungkin juga pernah berlaku kepada sesiapa..

Pagi ni, saya ada temujanji dengan seorang Pegawai dari JPA. Untuk urusan perkhidmatan saya. Malam tadi juga saya bermalam di rumah En. Suami di Damansara Damai....Mmm...Biasalah..Kami pun dah berjauhan sekarang ni.

Mmm...bila bangun pagi, lepas mandi, dengan confident je saya buka beg pakaian dan keluarkan baju yang nak dipakai untuk urusan di JPA nanti. Bila keluarkan je baju tu dari dalam beg, Astagaaa!!!! Berlaku kesilapan besar ... Saya tersalah bawa kedua-duanya adalah baju, dan kainnya tiada...Aduuhh...Macam mana ni....Dalam hati cukup cuak sangat....Dah la x de baju spare...Yang ada cuma tshirt dan seluar jeans... Takkan la saya nak pakai jeans masuk JPA.....

Masa tu suami tengah mandi.. Lastly saya tekad, baju yang anggap kain, saya jadikan kain. Saya sarungkan juga baju tu dengan penuh kesungguhan memandangkan tersangkut kat bahagian peha...Aduh...Dan akhirnya berjaya disarung tanpa digosok.hahaha.Kebetulan pula baju tu cutting nya biasa, x de dart memang rupa memang macam kain baju kurung moden...lengan baju saya sorokkan ke dalam..huhuhu.....saya cabutkan span kat bahu dan letakkan dalam beg....Sekali terkantoi then suami tanya, "ini x pakai ke?"..saya jawab dengan selamber "tak lah.."....

haha....berlakulah episod yang saya rasa perkara yang agak bodoh yang telah lakukan. Untuk suami saya, kalau terbaca entry ini..jangan ketawakan yer...mesti kagum dengan isteri yang kreatif dan pandai cover line..hahaha...

Cukup la...Lain kali kena alert dan jangan main tarik dan sumbat je dalam beg baju2 yang nak dibawa.... Harap ni pengalaman saya yang pertama dan terakhir...

Wednesday, November 24

PELUANG

Sabtu lepas, selepas pulang dari A&W Bukit Indah (Sambutan Birthday Anak BOzz - Arwen Rayna), aku terima sepucuk surat. Dalam surat menyatakan bahawa "Tawaran Pelantikan Tetap Ke Jawatan xxxxxxxx".. Suamiku teruja.. AKu juga teruja. Namun, kini aku agak keliru dalam membuat keputusan. Aku agak khuatir jika terpaksa bertugas jauh meninggalkan 2 si kecil n suami. Namun, jika aku fikirkan dari sudut +ve n peluang hanya datang sekali. Peluang yang baru ntah bila akan muncul lagi. Rasa sayang juga untuk meninggalkan UiTM JB yang memberi aku seribu makna dan kenangan. Sehingga kini, aku masih belum memberi jawapan terima kepada jawatan baru.

Ya Allah...Berikanlah kekuatan kepadaku... Berikanlah pertunjukMu...

Jika aku pergi, yuran study aku kembali kepada normal. Tiada lagi nilai 160.00. Jika masuk kampus Segamat, aku perlu pamerkan sticker pelajar.... OOhh...jika aku pergi, banyak juga kelebihan yang terpaksa aku korbankan....Apapun, aku rasa aku harus pergi.. Pergi mencari ilmu dan pengalaman baru. Namun, aku juga masih berharap agar aku ditempatkan bertugas di Johor atau kembali ke Kelantan. Tiada perlu aku berjauhan dengan si kecil Farish n Rayyan....Cayang Anak Mama....

AArrggghhh..Maria....Siap sedia dengan surat pelepasan.....huhuhu....