Wednesday, November 24

PELUANG

Sabtu lepas, selepas pulang dari A&W Bukit Indah (Sambutan Birthday Anak BOzz - Arwen Rayna), aku terima sepucuk surat. Dalam surat menyatakan bahawa "Tawaran Pelantikan Tetap Ke Jawatan xxxxxxxx".. Suamiku teruja.. AKu juga teruja. Namun, kini aku agak keliru dalam membuat keputusan. Aku agak khuatir jika terpaksa bertugas jauh meninggalkan 2 si kecil n suami. Namun, jika aku fikirkan dari sudut +ve n peluang hanya datang sekali. Peluang yang baru ntah bila akan muncul lagi. Rasa sayang juga untuk meninggalkan UiTM JB yang memberi aku seribu makna dan kenangan. Sehingga kini, aku masih belum memberi jawapan terima kepada jawatan baru.

Ya Allah...Berikanlah kekuatan kepadaku... Berikanlah pertunjukMu...

Jika aku pergi, yuran study aku kembali kepada normal. Tiada lagi nilai 160.00. Jika masuk kampus Segamat, aku perlu pamerkan sticker pelajar.... OOhh...jika aku pergi, banyak juga kelebihan yang terpaksa aku korbankan....Apapun, aku rasa aku harus pergi.. Pergi mencari ilmu dan pengalaman baru. Namun, aku juga masih berharap agar aku ditempatkan bertugas di Johor atau kembali ke Kelantan. Tiada perlu aku berjauhan dengan si kecil Farish n Rayyan....Cayang Anak Mama....

AArrggghhh..Maria....Siap sedia dengan surat pelepasan.....huhuhu....



1 comment:

parfum kw super said...

memang berat kalo harus jauh dari keluarga