Tuesday, November 16

SAYU

Dalam 2 @ 3 menjak ni, hatiku diruntum pilu...mengenangkan permasalahan yang timbul dan semakin serius.Aku cuba menjadi insan yang positive thinking. Tapi tiada lagi lagi daya di kala ini. Memandangkan permasalahan yang kuhadapi ini sentiasa berulang. Aku kini menjadi lemah.longlai.tiada lagi kekuatan.Hanya kumampu berserah pada Yang Esa.Kumohon petunjuk DaripadaNya.

Kenapa yer... Setiap niat baik yang ku lemparkan sering kali di salah ertikan. Perubahan yang ditonjolkan hanya mainan dan lakonan semata2. Bagaimana mahu mendapat keberkatan, jika perubahan yang dilakukan tanpa sebarang keikhlasan.?

kenapa yer... adakah wajar kulaksana keputusan yang hakikatnya cukup berat untuk kulaksanakan.? Masihkah ade kekuatan untuk diriku Ya Allah.... Engkau bantulah hambaMu ini ya Allah..

Mungkin juga inilah balasan yang wajar kuterima, setelah melaksanakan suatu keputusan tanpa memohon sebarang petunjuk daripadaMu suatu ketika dahulu. Namun kini, kuberserah kepadaMu. Kumohon kepadaMu, Engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk terus setia perhambakan diriku kepadaMu ya Allah.

No comments: