Wednesday, January 13

Diam

Diam itu adalah lebih baik. Biarkan apa jua orang nak kata. Seharusnya kita berpegang kepada diri sendiri. Lebih baik kita jauhkan diri demi mengelakkan terjerumus sama dalam kancah umpatan. Sesunguhnya kita ini manusia yang cukup lemah. Kadang2 bila terdengar sesuatu daripada mulut manusia lain, tanpa kita sedar kita akan terpengaruh untuk sama-sama memberi pendapat (kononnya) dan mungkin dengan niat ingin membantu golongan yang membangkitkan sesuatu isu ini. Tapi lama-kelamaan, aku sedar tentang keburukan ini. Memandangkan semakin lama semakin terserlah sifat dan sikap seseorang itu. Apa guna kita membantu? Jika mereka tidak mahu bertindak seterusnya menghargainya? Apa yang mereka tahu, merungut dan terus merungut tanpa sebarang usaha dan tindakan demi mempertahankan hak sendiri di samping membawa diri mereka merentas arus demi satu anjakan paradigma. Maafkan aku jika tindakan aku ini banyak menyinggung hati mana2 sahabat. Sesungguhnya aku cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada terus punya prasangka negatif. Aku cuba untuk menjadi positif, positif dalam segenap aspek. tetapi aku tiada daya untuk bertindak ke arah yang lebih positif, membawa suatu kemajuan untuk semua rakan2 aku di luar sana kerana wujudnya penghalang yang sentiasa bersifat egois. Segalanya terpaksa aku pendamkan. Terpaksa aku pekakkan telinga, butakan hati menerima segala cemuhan kerana tindakan aku yang menjarakkan diri dan membisu dalam kepiluan.

1 comment:

Anonymous said...

assalammualaikum wbth Maria,

InsyaAllah niat yang baik Allah akan membantu... Teruskan usaha =)

Setiap ujian yang ada sebenarnya meningkatkan keimanan kita kepada DIA (diri ini tidak terkecuali)

Jalan yang ada adalah bersabar dengan kerenah manusia akhir zaman ini dan kita juga tidak terkecuali kan =) kita juga sentiasa melakukan kesilapan dan hanya mampu berdoa saudara sesama Islam kita sedar dan berubah serta menerima hakikat apa yag terjadi, akan tetapi jika sudah banyak menerima ujian yang datang tapi tidak berubah juga mungkin manusia itu masih tidak sedar lagi (kita hanya mampu berdoa selagi termampu)...
sebenarnya semua yang berlaku datang dari Allah SWT untuk melihat kita berubah menjadi lebih baik dan sentiasa mengingatiNYA susah dan senang (termasuk diri ini yang mudah lupa dan khilaf) bukan untuk menyalahkan orang lain apa yang berlaku...

insyaAllah niat yang mulia sahaja sudah mendapat pahala belum melakukannya lagi, jika melakukannya sekali masyaAllah besar pahalanya...

mudah-mudahan kita berada bersama-sama golongan orang beriman, menerima dengan redha dalam setiap apa yang berlaku dalam kehidupan, itu yang terbaik amin ya rabb...

semoga Allah sentiasa merahmati Maria serta keluarga =)