Thursday, January 21

Business Studies

Business Studies!!!! Apa kurangnya kursus ni? Teruk sangat ke haa? Pelik.. Ramai di kalangan sekeliling kita ni cetek otaknya. Bila dengar ambil course Business Studies, pasti buat muka toyol. Aku pernah kena "sekolah" disebabkan aku ambil course ni. Katanya course ni x de masa depan. Susah nak dapat kerja. Katanya kalau nak belajar, pilih course yang senang dapat kerja. Macam anaknya. Ambil bidang ??????. Habis belajar je, terus kerja. Kalau ambil Business Studies, nak kerja apa? Nak buat business?

Aku ingat lagi, masa dia "sekolahkan" aku hari tu, aku buat x tau je. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Balik2 dia duk tanya, apa kerja yang boleh aku apply dengan kelayakan business ni. Seolah2 aku ni sedang membazir masa dan masa depan aku. Katanya kalau nak sambung belajar, pilihlah c0urse cam "Public Admin" ke, "Human Resource" ke. Senang. Cerah masa depan. Katanya la. mmmm... Last2 aku jawab.... Aku nak jadi "LECTURER". Membisu jap orang tu. Then katanya, "mmm... x per la kalau aku ada hasrat dan niat sampai ke tahap tu". Siot je kan orang macam ni. Dia fikir, Business Studies tu hanya layak untuk buat business je.

Ceteknya pemikiran orang cam ni. Kalau dah x tau apa2, better duk diam je. X yah cakap apa2. Bagi aku, course ni bersifat umum. Apa yang wujud dalam modul pembelajaran merangkumi pelbagai aspek. Ia x spesifik untuk buat business je. Contohnya bagi subjek "Business Communication". hehehe... Ni Subjek yang aku ambil sem ni. Subjek ni fokus kepada communication. Merangkumi "public speaking, writing (report, letter, proposal) dan sebagainya. Bukan ke semua ni boleh kita guna dalam urusan kerja yang lain? Subjek2 lain lagi cam "Organizational Behaviour, Information System (IT), Statistic dan lain... Semuanya boleh kita guna dalam bidang kerja lain. Bukan untuk buat business je. Apa daaa...

Cuba kaji betul2 jangan duk main cakap je. Kononnya nak nasihat orang, tapi diri sendiri x tau apa2 pun. Apa pun, x kisah la. Suka hati la orang nak ckp apa. Yang penting kita tau apa yang kita buat. Kesian. X boleh salahkan dia juga. Mungkin niat dia baik, bagi nasihat. Tapi sayang, ilmunya cetek. Isy...Isy...Isy....

3 comments:

princesz mia said...

tuah ayam nampak di kaki,
tuah manusia Allah je yg tau..

Anonymous said...

Assalammualaikum Maria,

Rezeki setiap orang Allah telah tetapkan cuma kita perlu berusaha berdoa dan bertawakkal...

Ada kisah apa yang orang cakap? Biarkan je mereka cakap sehingga penat bercakap, suatu hari nanti mereka akan diam sebab sudah penat bercakap... sememangnya benar...

Dengar sahaja sambil tersenyum itu yang terbaik =)

Mengalah bukan beerti kalah..

Kuat usaha mu, ilmu bukan satu sahaja malah berjuta-juta sebab ILMU itu dari Allah bukan mereka yang bercakap memberi ilmu kepada kita...

ILMU berserta niat kerana Allah dan bukan wang ringgt atau cerah masa depan adakah diberkati? ILMU perlu dikongsi bukan untuk disimpan...

Ku doakan diri mu menjadi pendidik anak bangsa untuk mencurah ILMU yang datang dari Allah untuk dikongsi bersama... sungguh besar pahala jika berkongsi subhanallah...

Maria Hadiey said...

Anonymous:
Tq atas sokongan.. mula2 memang geram..tapi bila pk2 balik...saya abaikan je semua tu. yang penting kita tahu apa yang kita buat, apa yang kita pelajari, apa yang kita lalui. bagi saya orang yang bercakap macam tu, ibarat orang yang x berilmu. dia fikir apa yang dia buat, semuanya betul.apa t ah lagi dia x melalui kepayahan dan keperitannyanya..mmmm....biarlah..abaikan je.. doakan moga org itu diperkembangkan mindanya diperluaskan pengetahuan dan pemikirannya. aminn....