Tuesday, November 16

SAYU

Dalam 2 @ 3 menjak ni, hatiku diruntum pilu...mengenangkan permasalahan yang timbul dan semakin serius.Aku cuba menjadi insan yang positive thinking. Tapi tiada lagi lagi daya di kala ini. Memandangkan permasalahan yang kuhadapi ini sentiasa berulang. Aku kini menjadi lemah.longlai.tiada lagi kekuatan.Hanya kumampu berserah pada Yang Esa.Kumohon petunjuk DaripadaNya.

Kenapa yer... Setiap niat baik yang ku lemparkan sering kali di salah ertikan. Perubahan yang ditonjolkan hanya mainan dan lakonan semata2. Bagaimana mahu mendapat keberkatan, jika perubahan yang dilakukan tanpa sebarang keikhlasan.?

kenapa yer... adakah wajar kulaksana keputusan yang hakikatnya cukup berat untuk kulaksanakan.? Masihkah ade kekuatan untuk diriku Ya Allah.... Engkau bantulah hambaMu ini ya Allah..

Mungkin juga inilah balasan yang wajar kuterima, setelah melaksanakan suatu keputusan tanpa memohon sebarang petunjuk daripadaMu suatu ketika dahulu. Namun kini, kuberserah kepadaMu. Kumohon kepadaMu, Engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk terus setia perhambakan diriku kepadaMu ya Allah.

Wednesday, November 10

Rezeki.... Pening.... Buntu..


Jika benar itu adalah suratan rezekiku, akan kuterima dengan penuh kesyukuran. Walau apapun, ku masih mengharapkan ianya tidak menjadi kenyataan. Jika diberi peluang, biarlah rezeki itu dikurniakan kepada mereka yang lebih memerlukan dan mereka yang sudah lama menanti untuk kurniaan rezeki ini. Buat masa ini, ku masih belum benar2 bersedia untuk menerima rezeki tersebut. Namun jika benar, kut
etap terima. Tapi kebuntuan dan kekusutan sedi
kit mengganggu fikiranku.

Sunday, October 17

90 Hari

Cuti bersalin antara yang diumukna oleh PM pada pembentangan bajet 2011..90 hari..Apa nilai yang ada pada tempoh 90 hari? Mungkin ada yang teruja dengan tempoh 90 hari. Tapi bagiku, ia tiada nilai. Hakikatnya, bagiku,tempoh 60 hari lebih bernilai. Angka 90 hari yang diungkapkan cuma 1 pengeliruan.

Apa pun jua, ia bergantung kepada individu yang terlibat. Tepuk dada, Tanyalah iman...

Wednesday, October 13

Terbakar

cermin kereta housemate Nurul retak akibat gentian yang terbajar dan terjatuh menghempap kereta. Kereta tidapat dapat dialihkan kerana kunci bereda di tingkat atas rumah.
bumbung rumah Nurul yang hangus dijilat api..

rumah jiran Nurul...Total loss..inilah punca kebakaran

Syukurlah rumah Nurul rakan sekerja hanya mengalami kebakaran yang sedikit, dan tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.

Pergi buat selama2nya..

Isnin, lebih kurang jam 6 ptg, aku mendapat berita bahawa Tok Ya (nenek kepada suamiku) telah pergi mengadap Pencitanya buat selama-lamanya.Innalillah .... Kali terakhir bertemu Tok Ya adalah pada pagi 1 Syawal... Alhamdulillah, suamiku sempat menatap wajah nendanya tercinta buat kali terakhir. Suami pulang ber2 bersama Farish dengan hanya menaiki bas.

Al-Fatihah buat arwah Tok Ya...