Sunday, October 17

90 Hari

Cuti bersalin antara yang diumukna oleh PM pada pembentangan bajet 2011..90 hari..Apa nilai yang ada pada tempoh 90 hari? Mungkin ada yang teruja dengan tempoh 90 hari. Tapi bagiku, ia tiada nilai. Hakikatnya, bagiku,tempoh 60 hari lebih bernilai. Angka 90 hari yang diungkapkan cuma 1 pengeliruan.

Apa pun jua, ia bergantung kepada individu yang terlibat. Tepuk dada, Tanyalah iman...

Wednesday, October 13

Terbakar

cermin kereta housemate Nurul retak akibat gentian yang terbajar dan terjatuh menghempap kereta. Kereta tidapat dapat dialihkan kerana kunci bereda di tingkat atas rumah.
bumbung rumah Nurul yang hangus dijilat api..

rumah jiran Nurul...Total loss..inilah punca kebakaran

Syukurlah rumah Nurul rakan sekerja hanya mengalami kebakaran yang sedikit, dan tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.

Pergi buat selama2nya..

Isnin, lebih kurang jam 6 ptg, aku mendapat berita bahawa Tok Ya (nenek kepada suamiku) telah pergi mengadap Pencitanya buat selama-lamanya.Innalillah .... Kali terakhir bertemu Tok Ya adalah pada pagi 1 Syawal... Alhamdulillah, suamiku sempat menatap wajah nendanya tercinta buat kali terakhir. Suami pulang ber2 bersama Farish dengan hanya menaiki bas.

Al-Fatihah buat arwah Tok Ya...

Tuesday, October 5

CAT...

CAT.... Aku cukup teruja apabila Si Comel aku "FARISH" dah pandai sebut "CAT". Farish dah kenal nama haiwan berkaki 4 tersebut.. Bila nampak je kucing, dengan cepatnya Farish senyum dan sebut "CAT"... Kebetulan di rumah Mak Lang (Ibu Saudara Suami) di Klang, suami aku mengetip jari tanda memanggil kucing...lantas Farish mengikut gaya papanya menguis2 jari sambil sebut "CAT".. Alahai....comelnya... Aku ketawa sendirian...

Farish dah pandai mengikut gaya perbuatan mama dan papanya.. Semalam, aku aku memegang sebungkus Cotton Bud, Farish merengek2 mahukan cotton bud tersebut.. Lantas aku keluarkan sebatang dan berikan padanya. Sungguh tidak aku sangka, Farish menggyakan cotton bud tersebut dengan mengorek telinga. Alamak aiii.... Terkejut aku dibuatnya. Ini sungguh bahaya untuk si kecil yang baru berusia 1 tahun 2 bulan... Namun begitu, aku perhatikan juga gayanya mengorek telinga sambil memantau.. takut juga tercucuk lalu luka telinganya nanti. Selepas kanan, ditukar pula dengan mengorek sebelah kiri.MMmmm.... Clever Boy...

Kini, apa yang aku nampak, farish sudah tahu fungsi penggunaan sesuatu barang.. Contohnya :

Handphone : ditekapnya tepi telinga
Remote TV : dihalakan ke arah TV (gaya untuk menukar channel TV)
Skaf @ Cekak rambut, topi : diusahaknnya untuk dipakai di atas kepala..
Spec @cermin mata : mahu dipakainya dibahagian mata tetapi masih terbalik...

So sweet... Aku harapkan IQ nya akan terus berkembang dengan sebaiknya. .Mmmuuahh..Mama Saya Ayish....

Tuesday, September 28

Pagi Raya - Pengalaman Baru

Bulan Syawal hampir melabuh
tirainya. Rasanya masih belum terlambat untuk aku coretkan kisah aku beraya kali ini.

Tanggal 10 September 2010. Seluruh umat Islam di Malaysia menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan segala nafsu dan sabar pada bulan Ramadhan.

Tahun ini, tahun pertama aku menyambut pagi raya bersama keluarga mertua. Pertama kali
juga buat aku menyabut pagi raya tanpa
mummy n daddy serta adik2 aku. Perasaan sedih dan sayu bergelodak di jiwa aku.
Tapi apakan daya, aku tahan jua demi suamiku tercinta. Kesian suami,
dah 2 tahun berturut2 menyambut pagi Syawal di kampung aku. Tahun ni bagi dia peluang yer...

Syawal pertama Al Rayyan..

Aku bertolak ke rumah mertua di Segamat sebelum
subuh pada 1 Syawal. Saja merasa berada di jalanan di pagi raya. Kami siapkan anak2 dan tukar baju raya di sebuah surau di labis. Tiba di rumah mertua lebih kurang jam 8 lebih. Sempat juga suamiku sembahyang raya. Juadah raya macam biasa (rendang daging, ketupat,
lontong dan kuah kacang) dah siap sedia oleh mek mertua aku.

Rayyan bersama makcik2 nya.. Acik..Alang..n Maklong..

Aku dan keluarga mertua

Selesai sembahyang Raya, kami sem
ua makan hidangan yang ada. Selepas semuanya bersiap untuk ke Muar (kampung atok sebelah suami), kami semua berkumpul diaruang tamu. Bapa mertua aku mulakan ucapan dan sampaikan kata2 nasihat kepada anak2 dan kemudian bersalam bermaaf-maafan. Inilah pengalaman baru aku, dimana berkumpul di pagi raya dan bersalam2 dan bermaafan, begitu juga dengan ucapanketua keluarga di pagi raya.

kegembiraan jelas terpancar di wajah anakku Farish... Dah nampak flash camera..apa lagi.. sengeh ler...

Terus terang aku katakan, seumur hidup aku tak pernah aku alami situasi begini. bersama keluarga aku, tiada pernah aku laluinya. tiada pernah aku bersalam2 dan bermaaf2. Mungkin juga ini bukan budaya kami. bagi aku, tidak perlu tunggu pada Hari Raya baru nak bermaaf2 dan bersalam2. Kalau dah buat silap tu, minta maaf lah. Tiada jangka masa atau tempoh untuk kita mohon maaf dan memaafkan. Setiap hari adalah hari untuk kita saling bermaafan dan terus kekalkan ukhuwah yang terjalin. bagi aku, mungkin juga aku dengan keluarga aku cukup rapat. Tiada jurang untuk bergurau senda sama ada dengan adik-beradik ataupun mummy daddy aku.

Aku pulang ke kampung aku pada raya ke 3.Perjalanan yang tenang, disamping suasana berbeza dengan sebelum ni kerana beraya bersama 2 anakku, cukup menghiburkan.aku selamat tiba di kampung pada jam 6 ptg. Tetapi raya yang di sambut pada kali ini agak memeritkan aku kerana kesihatan yang kurang baik. Aku hilang suara, suamiku pula demam teruk dengan suhu badan 39.5. Anak aku Farish pula asyik merengek menangis minta ditemani. pantang aku bergerak, terus menangis merengek. Mungkin farish masih belum dapat sesuaikan diri dengan sepupu2 nya yang ramai. Inilah juga kali pertama Farish mengenali sepupu2nya. Apa pun, aku cukup happy dapat beraya dan menghabiskan masa bersama keluarga aku tercinta.
selamat hari raya semua

Khamis 15 Oct, sementelah kami berkumpul, kami habiskan masa dengan makan2 disamping tetamu yang hadir. Menunya " kari kepala kambing, rendang ayam kampung, satay goreng, kuah kacang, rojak buah dan mee bandung'. Kepuasan dirasai.

Tahun hadapan, giliran menyambut pagi raya di kampung aku semula.... Aku harapkan dapat berkumpul lagi bersama2 ahli keluarga aku..