Monday, August 30

Kursus Asas Kaunseling


Hasil assignment masa Kursus Asas Kaunseling.. hehehe....cantik x? Aku memang x de seni untuk melukis.... Setelah berhempas pulas, inilah hasilnya....



Kursus ni Che Su yang handle...enjoy sangat2... Harap dianjurkan lagi kursus seperti ini....

Wednesday, August 25

BONUS...

ALHAMDULILLAH......

"Duit raya" RM500 untuk kakitangan awam, pesara


2010/08/25

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.

Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA

Bukan rezekiku...

Pada saat2 akhir, aku terpaksa batalkan jemputan untuk deklamasi puisi sempena sambutan Ambang Kemerdekaan pada 30 Ogos di Segamat. Ini semua disebabkan permasalahan yang memang x dapat aku elakkan. Walaupun ia jemputan berbayar, tapi x mengapalah. Mungkin bukan rezeki aku. Lagi pun sudah hampir 2 tahun aku tinggalkan dunia deklamasi puisi. Jiwa pun dah rasa agak jauh dan perlu masa untuk kembali sebati dengan diriku. Dengan harapan ada lagi peluangku pada tahun hadapan.

Untuk warga Malaysia yang merdeka, hayatilah rangkap2 indah puisi di bawah ini.


Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya Sejahteralah Warga

Ketika desar-desir suara angin menyentak rumput di halaman,
Udara hitam dari sukma duka wangsa menyentuh gusar malam
Bahtera kebanggaan yang selama ini teguh dan agam
Tiba-tiba tercarik layar, tersasar haluan.

Ketika angin serong menyusur ke lembah gersang
Badai malam dari kalbu musykil murba menggigit sumsum alam
Bangsa yang sekian lama megah dan padu
Tiba-tiba menerka udara mahing kemarau silatur
Menyeret ke musim silam yang kontang.

Kau bangsaku, jangan lupa pada harumnya tubuh Sepumtum
Kaku menjulur di tali gantung, demi mempertahankan
sekangkang Pasir Salak. Kau saudara seagamaku, jangan lupa
pada wanginya jenazah Tok Janggut,
Terjerut songsang di pinggir jalan
demi mendaulatkan seketing tanah Pasir Putih
generasiku, jangan lupa akan manisnya
darah leftenan Adnan yang terpercik di makam Tanjung Puteri
demi menegakkan martabat nusa. Jangan sesaat pun kau lupa
akan nyaringnya pekikan para katwal
yang redha berputih tulang
membentengi Rumah Pasung Bukit Kepong
demi memelihara maruah pertiwi.

Generasiku yang merdeka,
Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini
Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
Kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini
Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
Kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini
Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,
Saudara sebangsa ku.
Di sinilah halaman mesra kita,
Halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
Halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah,
Halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri,
Mengorak maju bersama perbawa pemimpin,
Menyantap damai berkat perpaduan warga,
Moga kekal selamanya.

Dihalaman kembang sepatu ini,
Pertahankanlah daulah addin nan quddus
Di halaman udara segar bugar ini,
Perteguhkan maruah bangsa nan mulus
Dihalaman redup rimbun pohon kemerdekaan ini,
Abadikanlah kemakmuran sejati
Di halaman multi bangsa nan demokrasi ini,
Selamanya sejahteralah warga,
Sepanjang alaf menjulang bangsa

Karya:
Sazalee Haji Yacob

Friday, July 30

permata hatiku




15 Mei 2010.. selamat aku melahirkan seorang lagi putera yang comel... MUHAMMAD AL RAYYAN FIRDAUS. Itu lah nama permata hati aku yang ke 2. menceritakan saat melahirkan adik Rayyan, agak berbeza berbanding melahirkan abangnya Farish.

Rayyan dilahirkan pramatang @ dengan bahasa mudah lahir x cukup bulan.32 minggu 2 hari usia kandungannya.

13 Mei 2010, lebih kurang pukul 1, suami mengajak aku keluar sementara waktu lunch. waktu itu tiba2 aku merasa pening dan loya yang teramat sangat.sepanjang berada dlm kereta, aku terpaksa kuatkan hati menahan muntah. nak makan pun x boleh. takut muntah. air yang aku pesan x mampu aku habiskan juga. pening....

akhirnya aku minta suami untuk hantar aku pulang ke rumah. apatah lagi aku ada appoinment check up di klinik kesihatan ibu dan anak di kampung Melayu. Sepanjang check up, semuanya berjalan lancar tanpa apa masalah. Risau juga aku, kot2 masalah semasa mengandungkan Farish dahulu berulang kembali..masalah kencing manis dan darah tinggi.huhuhu.. seksa tau.. kerjanya duk ulang alik klinik je..

Petang tu, aku sakit perut memulas2... dan di akhiri dengan cirit-birit yang teruk sekali.. tetapi aku gagahkan juga diri.. Aku sangkakan itu hanyalah cirit-birit biasa.. Tapi senaknya perut aku membuatkan aku nak jalan pun susah. Malam itu, aku nak tidur pun x boleh .serba x kena. keluar masuk tandas lah aku malam tu.. Aku sangkakan cirit-birit yang aku alami akan hilang pada keesokan harinya. Rupanya x.. sakitnya masih sama..

Akhirnya aku minta suami untuk hantar aku ke hospital.. takut juga effect pada baby dalam kandungan pula kan.. aku rujuk di bahagian kecemasan. Last2 aku ditendang ke bahagian saringan ibu mengandung.... aduhai... Kecut perut aku rasa..

pada mulanya aku diperiksa.. tiada jalan yang buka.. tapi bile dah 2 atau 3 yang cek, terbuka jalan aku 1 cm.. Hampeh betul.. akhirnya aku di tahan di wad... aku di inject ubat untuk mematangkan paru2 baby aku... aDUHH....ARRGGGHHH... sakitnya tak mampu aku tahan... mengerang aku menahan sakit yang teramat sangat... aku menangis kerana suntikan tersebut.. sakit... Kalau ada sapa2 nak rasa, cubalah...hehehe....

Aku kemudiannya dihantar ke bilik kawalan rapi bagi ibu yang nak bersalin. Aku dimasukkan ubat agar kesakitan yang aku alami hilang memandangkan baby dalam kandungan aku masih sangat kecil. Senang citer doc x nak bagi kau bersalin awal. Effect nya ubat tu, aku asyik nak buang air kecil je... bile dos ubat direndahkan, sakit aku kembali kuat.. tetapi bile dos ditinggikan, sakit aku akan berkurangan... seksanya aku rasa...lebih 24 jam aku ditahan terbaring di dalam bilik tu. Dengan badan yang dah terikat dek macam2 wayar..... aaaduhhhhh..... makan minum buang air cuci muka gosok gigi semuanya atas katil. masuk botol yang ke 4, sakit aku semakin kuat dan x juga nak hilang...akhir nya doc terpaksa mengalah dan bile cek jalan rupanya dah terbuka 5 cm... Agaknya sayangku Rayyan dan x sabar sangat nak tengok dunia. Bila dos ubat itu dimatikan dan dicabut, mak aii....hanya tuhan yang tahu bagaimana sakitnya aku waktu itu. Suamiku pula dah x tentu arah duk keluar masuk bilik.

Last2, aku rasakan seolah2 dah tiba masanya mahu bersalin... terus arahkan suami panggilkan doc. Punya lah ramai doc n nurse di sekeliling aku waktu tu. Dan sempat juga doc duk bertekak sama sendiri.... yang sorang nak gunting.... yang sorang lagi suruh jangan gunting... nasib la dapat doc yang semuanya muda2. Akhirnya keluar lah anakku Rayyan melihat dunia. Hhhuuhhhh....lega rasanya.... tapi azabku kembali bila doc nak keluarkan uri dari rahimku. Seksanya seolah2 nak bersalin rasanya disebabkan uriku x nak keluar.Puas ditekan2 dan berkat usaha seorang senior nurse bacakan ayat2 suci al Quran disertakan selawat, akhirnya keluar juga uriku yang masih dalam keadaan baik. Rupanya, mengikut doc uriku terbalik. Sebab tu susah nak keluar. Mmmmm...macam2 kan kemungkinan yang kita x jangka akan berlaku.

Aku sempat tatap wajah anakku Rayyan sekejap saja sebelum Rayyan dimandikan dan diazankan. seterusnya rayyan ditempatkan di bilik NICU (Neonat Intensif Care Unit) disebabkan beratnya cuma 1.76 kg. Justeru, hari2 berikutnya, aku berulang alik ke hospital menghantar susu memandangkan Rayyan masih menyusu menggunakan wayar tiub. Pilu rasa hati melihatkan keadaan nya yang penuh dengan wayar. tapi syukur kepada Allah Rayyan sihat walafiat tanpa sebarang kompilasi lain. Genap 3 minggu sehingga beratnya mencapai 1.80 kg, Rayyan dibenarkan keluar.

Agak berhati2 untuk menjaga anakku yang sorang ni disebabkan badannya yang kecik. Cukup dengan pakaikannya baju tanpa perlu pakaikan seluar. Mitten n booties pun x boleh pakai kerana tapak tangan dan kakinya kecil sangat. namun, kerisauan terus melanda diriku kerana joundies nya masih ada. dalam bacaan 10.2. Macam2 aku buat sebagaimana yang disarankan oleh semua kenalan untuk hilangkan joundiesnya. Tiap minggu juga aku bawa Rayyan untuk ambil darah. Hampir 2 bulan lebih, akhirnya bacaan joundiesnya turun dan terus hilang. Syukur...

Kini, perkembangan anakku Rayyan semakin baik. Dah montel pun.dari pemeriksaan telinagn, mata, dan fizikal, semuanya pass. Kini beratnya sudah capai 4.8. Mungkin juga berkat daripada aku yang menyusukannya dengan susuku sendiri tanpa campuran susu formula. Rayyan sihat sehingga ke hari ini. Diakui agak tekanan dan penat kerana menyusu badan. Tapi kerana anakku disamping membantu ringankan beban suami, aku tahankan juga dan tabah melalui hari2 berikutnya dengan berusaha memerah dan menyimpan susu setiap hari sehingga kini. Dengan harapan bekalan dan stok akan berterusan dan tidak akan putus.

Tuesday, May 11

Sepi...

sudah agak lama aku menyepi daripada menulis blog ni.. agaknya kalau rumah, dah tentu penuh dengan sawang kan.. kini aku berhajat untuk kembali menconteng di blog ni.. kalau ikutkan, banyak benda yang mahu aku coretkan.. cuma kemalasan yang melanda membataskan pergerakan jari-jemari untuk memuntahkan segala isi dari kotak fikiran aku.. mmm..zaasssssss...