Thursday, July 9

11 JULY 2009 - Bermulanya....


11 July 2009... Bermulalah sesi pengajian aku untuk semester baru. semester July - Disember. Semester ni juga merupakan paling mencabar yang aku rasa.... keadaan aku yang sarat mengendong zuriat dalam perut... Juga menanti saat untuk aku bergelar Ibu kepada bakal zuriat aku.... Ntah bagaimana aku perlu hadapinya nanti... Apa pun, aku perlu hadapinya dengan tabah. Aku x bercadang nak ambil cuti khas pengajian lagi... Rasa x sanggup nak tangguhkan pengajian aku semester ini.... Apa pun, aku yang pilih jalan hidup ini, aku terpaksa harunginya walau apa jua yang berlaku... Kepada para pensyarah dan rakan2 kelas semester ni, aku perlukan support daripada kalian... Aku cuba sedaya mungkin....Sedaya yang termampu....




Kenali Lelaki Berkahwin Yang Gatal Mengaku Bujang....

1 ~ Bila bawa kereta…lajuuuuu semacam. Tak da la nak romantik dan bawa pelan-pelan sambil pegang-pegang tangan…mata pulak asyik melilau-lilau ke kiri kanan dengan penuh sangsi. Haaa…takut kawan-kawan bini nampak lah tu.

2 ~ Dia hanya dapat dihubungi hanya dengan nombor handphone. No Office ke rumah ke…NONE! dan hanya dapat call dia tengahari je…bila belah malam, asyik off! Then you kena tinggal voice message…tengok-tengok, dia call you balik. Haaa…keluar rumah lah tu jap, pergi kedai ke apa ke…just to call you tanpa isteri di sebelah hehehe..

3 ~ Bila keluar dating…asyik-asyik tengok jam…dan sibuk nak balik awal, walau malam masih muda…adoi, dah kahwin lah tu…takut bini marah balik lambat!

4 ~ Apabila keluar bersama dan bertemu kawan-kawan dia atau keluarga dia…anda hanya dikenalkan sebagai kawan sepejabat atau kawan biasa. Jauh sekali nak dikenalkan girlfriend atau kekasih… Nak mampus? Nanti isteri di rumah mengamuk…takuuuuutt!! Haa..tau pun takut... Menggatal tak plak takut...

5 ~ Selalu sahaja cancel bila berjanji untuk berjumpa. Asal nak dating je, ada aje perkara yang membatalkan pertemuan tu….Beb, lelaki akan cari jalan macam-macam mana pun kerana nak jumpa girlfriend. Kalau asyik cancel je…ada isterilah tu!Padan pompuan tu...Sapa suruh dating ngan suami orang....

6 ~ Bila dapat pergi dating lak…asyik dating outstation je…kat luar town je. Haa…ada gak siap tanya bro tu, “Pasal apa boyfriend dia ni asyik bawa dia ke luar jauh2je?” …hehe, sayang oi…dia dah kahwin lah tu…tak nak terjumpa dengan bini dia beb.

7 ~ Haa..yang ni lagi teruk, ada juga yang sanggup parking kereta dia kata mana-mana, then minta girlfriend datang ambik. Asal nak jumpa je, naik kereta girlfriend. Kereta dia langsung tak nak pakai…hmmm, apa lagi…tak nak orang cam dia bawa perempuan lain lah tu. Nanti tahu kat isteri…tidur kat luar lah beb! Padan muka....Kalau macam tu, tak yah balik umah terus pun bagus....

8 ~ Dah kenal berbulan, tapi rumah dia, anda tak tahu pun kat mana…kerja dia dimana pun tak tahu. Kat mana dia selalu pergi shopping..pun anda tak tahu, nak pergi ke rumah famili dia jauh sekali. Nak buat camana…semua tempat tu, pasti terserempak dengan isteri dia….

9 ~ Ada pulak tu, asyik duk layan chatting ym cari teman siber....teman siber kononnya.... kawan sekadar di alam maya katanya.... Haaa.. mula2 memang lah di alam maya.... bile dah lama2..... realiti di alam nyata plak.... Bukan tentu laki jenis biul cam ni... Dah kawen buat la cara dah kawen. X yah nak ngaku bujang.... X der plak nak rasa bersalah duk menipu pompuan2 kat luar sana... Esok2 anak2 ikut menipu macam ayah dia, baru padan muka.... Bawa bertaubat lah bg laki jenis macam ni....Kesian kat bini kat umah tu...

9 ~ Apabila ada office family day, gathering atau party kat office…tak pernah dia na
k bawa anda. Ada je alasan, dia tak suka family daylah, dia tak nak pergilah, dia segan dengan kawan-kawan sepejabat lah…hakikatnya? He is a married man, and its a family day…mestilah nak bawa bini beb!

10 ~ Ada pulak sesetengah lelaki tu, selalu bawa anda keluar…tapi keluar ke tempat-tempat orang penuh sesak. Sebabnya, kalau tempat ramai orang, dia boleh jawab kat bini dia, “Ramai orang keliling abang hari tu, perempuan mana lah yang Ayang cakap tu? Semua tak lawa, tak ada pun yang abang berkenan…” haaa…kesian girlfriend.

Psss..... kalau ada sesiapa yang terasa, harap maap la yer... Kebetulan jumpa isu ni... aku petik je la..... Tapi kalau ada di antara korang yang jenis macam ni, bawa2 la bertaubat. Cuba lah rasa bersalah sikit dan rasa bertanggungjawab. Kalau yang suka menipu kononnya bujang tak kahwin lagi, korang pk la... Aku rasa awal2 tak payah kahwin lagi bagus.. Tak de nak nyusahkan bini kat rumah.... Tak der nak sakitkan hati bini...Gatal tak tentu pasal... hihihi...Sorry yek...hehehe....

Friday, July 3

Celiklah Mata..... Cerahkan hati..... Muliakan Jiwa....


hidup menjadi tak keruan
bersila dalam kelompok durjana
manusia yang suka menuding jari
sentiasa meneropong salah silap insan lain

tanpa kita sedari
dalam arus lena diulik mimpi
terus kita teruja menerima
menyokong tanpa sebarang intaian
intai ianya benar atau tidak

namun...
lamunan terhenti
disentak ucap kata hikmat
diri mula bertafakur
muhasabah diri
cuba luruskan panduan hidup
agar tidak terus terpesong
disamping insan yang berhati batu
agar jiwa kembali tenang
moga terus dibukakan pintu hati
mengejar liku hidup yang terus diredhaiNya
menikmati nikmat hidup yang terus diberkatiNya

Isteri Hamil.... Apa Perlu Suami lakukan.... ( ii )

Mengapa bayi lahir menjadi cacat

Kelahiran bayi cacat mempunyai kesan dalam hati setiap ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat.

Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang percaya bahawa wanita yang cacat besar kemungkinan melahirkan bayi yang cacat.

Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dan lain-lain. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitulah sebaliknya.

Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

1. Menanam uri

Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan anak

Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak

Usaha untuk membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan daripada Allah. Oleh itu, ibu bapa digalakkan sentiasa mendoakan untuk anak-anak supaya menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia. Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :

a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128

b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38

c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74

d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40

e) Doa ketika memberi nama anak


4. Panduan menamakan anak

Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya. Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

Pemilihan nama yang utama

- Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:

“Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah." (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi)

- Nama-nama yang dilarang termasuklah :

Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka’abah dan lain-lain. Nama yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.

Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya.Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang.

Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.

Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya.

5. Penyembelihan aqiqah

Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah “Sunat Muakkad”. Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

6. Mengkhatankan anak

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan.Hukum berkhatan menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.

7. Mendidik moral anak

Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :

a. Pendidikan supaya bersyukur

b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah

c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua

d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.

e. Pendidikan tentang solat

f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar

g. Pendidikan supaya bersabar

h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh

i. Pendidikan dari segi kesederhanaan

Isteri Hamil.... Apa Perlu Suami lakukan....


1. Amalan suami semasa isteri mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri

h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, SurahAn Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

2. Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri,s ebagai teman hidup yang paling dekat.

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut," La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "maksudnya" Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

3. Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.

Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita.

Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam.

Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi pada waktu malam.Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~