yahoo.... layak ke peringkat akhir..... ( akhirnya.....aku dapat no 4 peringkat Johor)...
Seperti perahu belayar oleh desah angin di musim payah
maruah bangsa kita telah ditunda taufan gelisah
melewati saat-saat terhukum di gelincir sejarah
lalu menghimpun derita bertahun menjadi pengalaman
berkurun, inilah suara kita
suara bangsa berdaulat negara berpanji
suara yang bakal menjelma menjadi tembok kukuh
membenteng hasrat menghadang gerak serbu para penceroboh
ya - sebetulnya kita telah banyak belajar
dari hanyir darah dan keruh air mata
yang pernah mengalir pada alur kepedihan
mengusapi luka bangsa
inilah suara kita
suara kental yang tumbuh dari ladang nurani membenih api
dan suara keramat ini, tidak mungkin surut hanya kerana usikan-usikan baru
dari spekulator antarabangsa berwajah serigala
yang tampil merampas segala hak dan milik kita
dari sehampar sawah padi menhuning emas
telah bertukar menjadi serelung bendang cemas
dari luas lapang lombong bijih
telah tersihir menjadi sepetak kolam najis
dari angka besar graf dagang memancang bursa saham
keloknya menjunam rendah
meninggalkan paras selesa di papan utama
dengan setiap huruf dan segala penunjuk
berada pada arah aliran yang semakin kuncup
astaga...... mereka datang dengan teori serba gila.
dan kini, gemerincing suara genderang perang
bergema kembali menggamit roh semangat pahlawan terbilang
ya! tok janggut, mat kilau, dato bahaman
seakan mengirim semula suara keramat penuh amanah
berselang tingkah dengan pesan laksamana hang tuah
"tak melayu hilang di dunia"
dan hari ini, suara itu bersambung kembali dengan ucap kata
seorang perdana menteri di era teknologi
"tak malaysia lenyap di muka bumi"
walau dunia semakin lebur batas sempadannya
kita tetap selamat dalam acuan keyakinan rakyat
bahawa kita memiliki satu suara
MERDEKA!!!!!
inilah antara puisi yang aku minati untuk dipersembahkan...coretannya cukup puitis dan mampu menggamit perasaan yang pelbagai.... Kenangan yang lepas..... setiap tahun akan aku sertai sayembara puisi patriotik dan persembahkan di malam ambang kemerdekaan....tapi tahun ni.... aku terpaksa batalkan hasrat tentang semua tu memandangkan aku tengah sarat hamil.... x per... tahun depan cuba lagi.....
3 comments:
sesungguhnya bahasa dan bangsa bergerak selari...tanpa bahasa, bangsa tidak akan kekal lama. namun masih ada ayam yang menegakkan bahasa itik...aneh dunia ini.tahniah di atas perjuangan adinda dalam dunia puisi..
perjuangan tetap perjuangan.... walaupun hanya sebaris puisi....
benar kata kekanda acsardi, rosak bahasa binasalah bangsa...
bilakah tiba masanya pemuisi bingkas bangkit menggugah angan dan khayal yang sejak sekian lama masih berpaut pada nostalgia silam tun tuah, mat kilau dan dato bahaman..sedang mereka sedang bersenang2 bersama syuhada dan kita masih terlena diulit mimpi siang bersama dunia yang jalang..?
sedarlah dan bangkitlah!
Post a Comment