OLIVIA.... Cerita best yang aku suka tonton (jam 6 ptg - 7 ptg) ... Cerita ni adalah genre cinta+komedi... Aku tak suka sangat tonton cerita cinta semata2.... Macam kebanyakkan cerita filem di Malaysia ni... Jarang sangat aku ikut perkembangan... Sebabnya.... Sebab ia amat membosankan...Aku lebih suka menonton cerita berkonsepkan kekeluargaan, atau pun cerita2 yang banyak konflik.. Tetapi macam cerita OLIVIA ni, konflik cerita cintanya dalam bentuk komedi, cukup menghiburkan dan tidak membosankan...
Ia mengisahkan seorang wanita bernama OLIVIA, sanggup buat apa sahaja demi mengejar cinta sejatinya terhadap JUSTINE (watak hero dalam cerita ni). Ade je helah si OLIVIA ni tau... OLIVIA sanggup berubah perwatakan menyamar jadi lelaki semata2 mahu sentiasa dekat dengan JUSTINE.OLIVIA berubah menjadi RUBEN. Tinggal dalam kolej yang sama, malah berusaha menjadi pemain bola sepak yang baik semata2 JUSTINE... ( ini secara ringkas je lah k...)
Akhirnya, OLIVIA kantoi daripada menyamar sebagai RUBEN semasa perlawanan akhir bola sepak. JUSTINE cukup marah dengan OLIVIA kerana telah menipu dan mempermainkannya.... OLIVIA meminta maaf atas tindakannya.... Namun, JUSTINE terpaksa akur setelah semua rakan2nya menyebelahi OLIVIA dan meminta JUSTINE untuk memaafkan OLIVIA. Sejenak kemudian, JUSTINE sedar kan pengorbanan OLIVIA dan sudi memaafkan OLIVIA. Endingnya, cinta OLIVIA dan JUSTINE kembali berputik.
Dengan music yang cukup syahdu mengiringi plot pengakhiran kisah OLIVIA ini, aku sempat juga mengalir air mata dengan ending cerita ni. Cukup syahdu. Berakhirlah sudah plot cerita ini.
Mmmm.... Lepas ni ntah apa lagi cerita yang bakal menarik perhatian aku untuk menontonnya...... ????
No comments:
Post a Comment