Thursday, July 30
Ooo... Aku dah tau....
Blurr...Blurr...
Air Tangan .......... ? Nyam.... Nyam....
Monday, July 27
Hamparan Angan2.......
Aku mahu lihat semua staf keselamatan...........
1. Tahu dan faham cara dan setiap proses dalam tuntutan OT...
2. Tahu cara untuk memohon cuti melalui i-staff portal....
3. Tahu untuk memohon kursus sendiri dan proses selepas hadiri kursus....
4. Tahu untuk membuat sebarang proses tuntutan (perjalanan, elaun makan / harian, upah pakaian seragam dan sebagainya).....
5. Punya hubungan erat dengan staf di semua bahagian... Tidak hanya duduk terperuk dalam kelompok keselamatan sahaja....
Ini yang aku angan2 kan sekarang ni.... Bukan niat dihati untuk lepaskan tangan dan ringankan beban.... Cuma mahu mereka melalui satu anjakan paradigma.... perubahan yang mampu membawa sejuta kebaikan kepada mereka... Bagi aku.... sampai bila mahu mengharapkan orang lain melaksanakan semuanya untuk diri mereka? Hakikatnya diri sendiri langsung tak tahu apa2..... Bukan niat mahu memperlekehkan mahupun mempersendakan mereka...Aku sendiri pun masih merangkak dan bertatih..... Rasanya sudah tiba masa mereka mengalami satu perubahan yang positif.... Jangan kata tiada kemudahan.... Kemudahan ada tersedia.... jangan kata buta IT..... OOhhh.... Duk main game pandai plak yer...... Rasanya perlu ada tunjang yang membawa perubahan ini.... hapuskan tradisi lama yang suka mengharapkan orang lain siap sedia dan laksanakan itu ini.....
Namun adakah ianya akan terus kekal menjadi angan2 aku atau pun menjadi satu realiti suatu hari nanti? Hulurkan tangan Ringankan beban.....
Wednesday, July 22
INILAH SUARA KITA - AWANG ABDULLAH
yahoo.... layak ke peringkat akhir..... ( akhirnya.....aku dapat no 4 peringkat Johor)...
Seperti perahu belayar oleh desah angin di musim payah
maruah bangsa kita telah ditunda taufan gelisah
melewati saat-saat terhukum di gelincir sejarah
lalu menghimpun derita bertahun menjadi pengalaman
berkurun, inilah suara kita
suara bangsa berdaulat negara berpanji
suara yang bakal menjelma menjadi tembok kukuh
membenteng hasrat menghadang gerak serbu para penceroboh
ya - sebetulnya kita telah banyak belajar
dari hanyir darah dan keruh air mata
yang pernah mengalir pada alur kepedihan
mengusapi luka bangsa
inilah suara kita
suara kental yang tumbuh dari ladang nurani membenih api
dan suara keramat ini, tidak mungkin surut hanya kerana usikan-usikan baru
dari spekulator antarabangsa berwajah serigala
yang tampil merampas segala hak dan milik kita
dari sehampar sawah padi menhuning emas
telah bertukar menjadi serelung bendang cemas
dari luas lapang lombong bijih
telah tersihir menjadi sepetak kolam najis
dari angka besar graf dagang memancang bursa saham
keloknya menjunam rendah
meninggalkan paras selesa di papan utama
dengan setiap huruf dan segala penunjuk
berada pada arah aliran yang semakin kuncup
astaga...... mereka datang dengan teori serba gila.
dan kini, gemerincing suara genderang perang
bergema kembali menggamit roh semangat pahlawan terbilang
ya! tok janggut, mat kilau, dato bahaman
seakan mengirim semula suara keramat penuh amanah
berselang tingkah dengan pesan laksamana hang tuah
"tak melayu hilang di dunia"
dan hari ini, suara itu bersambung kembali dengan ucap kata
seorang perdana menteri di era teknologi
"tak malaysia lenyap di muka bumi"
walau dunia semakin lebur batas sempadannya
kita tetap selamat dalam acuan keyakinan rakyat
bahawa kita memiliki satu suara
MERDEKA!!!!!
inilah antara puisi yang aku minati untuk dipersembahkan...coretannya cukup puitis dan mampu menggamit perasaan yang pelbagai.... Kenangan yang lepas..... setiap tahun akan aku sertai sayembara puisi patriotik dan persembahkan di malam ambang kemerdekaan....tapi tahun ni.... aku terpaksa batalkan hasrat tentang semua tu memandangkan aku tengah sarat hamil.... x per... tahun depan cuba lagi.....
Kaki....
penangan mandi pantai.... malamnyer terus x bleh jalan..... (suami n anak sedara aku....aku tukang ambik gambar) - hamil 2 bulan lebih..
kenangan di genting highlands...... hamil 2 bulan masa tu...
Wednesday, July 15
Mungkinkah Ada Rezeki Aku????
Tibanya aku di sana.... ramai mata yang memerhati... apa tak nya... calon lelaki hadir lain dengan segak bergaya..... calon wanita lain pula sumenya slim2..... Apa pun, syukur aku lulus untuk ujian fizikal.... tak sangka ek.... perut dah macam ni pun lulus gak..... yang herannya... ramai jugak calon laki lain yang datang then terus balik dengan hampa sebab x lulus ujian fizikal...hehehe.... nasib aku baik kot hari tu..... dah rezeki katanya kan.... hihihi....
Sesi temuduga juga berjalan lancar.... dengan persiapan yang rapi.... dokumen yang tersusun dan lengkap..... (TQ kat Firdaus) sebab sudi bantu aku.... Begitu juga Pn. Fasha..... Kak Areeda... sudi menyiapkan segala dokumen sokongan yang diperlukan.... PM. Dr. Hj. Ahmad.... Sudi menyokong..... tak lupa kat suami aku..... yang sudi ambil cuti n hantar aku pergi sana..... TQ bebanyak...
Setengah jam aku duk dalam bilik temuduga.... bersama2 2 orang panel ..... dua2 hensem.. hehe.... muka serius tapi enjoy..... macam2 soalan dan topik aku kena soal.... kena speaking english lagi.... berbelit lidah aku....hihihi..... dah tu pulak kena speaking chinese pulak..... aduh.... layankan je la.... Apa pun aku x biarkan panel je yang soal aku..... aku pun ade soal dorang.... satu soalan yang aku tanya... panjang berjela jawapan dorang..... huhuhu.... saja je tanyer...... hehehe.....nak suh nampak aku banyak cakap je......huhuhu....
Harap2 ade rezeki aku..... Doakan aku berjaya untuk dapatkan jawatan tu ek..... Aku pasrah.... aku redha..... aku dah cuba yang terbaik..... Semuanya bergantung pada rezeki...... Jika Allah izinkan.... maka tersurat lah rezeki aku..... Jika Allah tak izinkan...... Mungkin ada yang tersirat dan hikmah disebaliknya..... Cuba dan usaha lagi....
Tuesday, July 14
Seronok VS Bosan....Makin Bosan... Teramat Bosan...
Tapi hari ini, perasaan bosan semakin membuak-buak dalam diri aku... Aku cukup bosan dan semakin bosan berada dalam unit ini.... Aku juga rasa semakin malas untuk melaksanakan tugasan.... Kerenah demi kerenah kian timbul membuatkan aku cukup tekanan..... Malu.... Sakit hati.... Dan sebagainya lagi.... Isy..... Tak baik kot melayan perasaan cam ni.... Mmmm..... Apa boleh buat..... Dah tak boleh nak tahan.....
Selama ini, aku rasakan seolah-oleh aku dikongkong sebalik sifat yang suka melenting..... cepat melatah..... berfikiran negatif.... Suka menyalahkan orang lain..... menuding jari.... itu x betul ini x betul..... macam2 sifat buruk...... inilah realiti sikap dalam unit aku.... Alamak aiii...... ini kalau orang besar unit aku tau.... mati aku...... huhuhu.... Hhhhhmmmmm..... AAhhhh...lantaklah.... Aku dah tak tahan.... Biar je dia tau..... Malu rasa dengan staf sekeliling.... Satu unit tapi saling berburuk sangka... Satu bumbung tapi acap menuding jari.... oowwhh.... help me.....
Apa yang aku tau.... sekarang aku nak lari daripada sikap dan sifat yang tak baik semua tu..... Kebenaran hakikat jelas terpancar di depan mata aku sekarang ni..... jelas menerangi jiwa aku di kala ini..... Moga Allah kukuhkan hati aku ini ke arah yang lebih murni.... Aku nak jadi orang yang sentiasa berfikiran positif.... Malas aku nak fikirkan lagi.... Buat sakit otak je.... baik aku fikirkan tentang life aku.... study aku.... bakal zuriat aku yang bakal melihat dunia tak lama lagi...
Apa pun, harap satu hari dibukakan hati mereka ke arah yang lebih positif... Begitu juga aku yang masih lagi merangkak...bertatih mencari ilmu.... moga terus dibekalkan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi apa jua kemungkinan..... diberkati segala ilmu yang aku tuntut....
Thursday, July 9
11 JULY 2009 - Bermulanya....
Kenali Lelaki Berkahwin Yang Gatal Mengaku Bujang....
2 ~ Dia hanya dapat dihubungi hanya dengan nombor handphone. No Office ke rumah ke…NONE! dan hanya dapat call dia tengahari je…bila belah malam, asyik off! Then you kena tinggal voice message…tengok-tengok, dia call you balik. Haaa…keluar rumah lah tu jap, pergi kedai ke apa ke…just to call you tanpa isteri di sebelah hehehe..
3 ~ Bila keluar dating…asyik-asyik tengok jam…dan sibuk nak balik awal, walau malam masih muda…adoi, dah kahwin lah tu…takut bini marah balik lambat!
4 ~ Apabila keluar bersama dan bertemu kawan-kawan dia atau keluarga dia…anda hanya dikenalkan sebagai kawan sepejabat atau kawan biasa. Jauh sekali nak dikenalkan girlfriend atau kekasih… Nak mampus? Nanti isteri di rumah mengamuk…takuuuuutt!! Haa..tau pun takut... Menggatal tak plak takut...
5 ~ Selalu sahaja cancel bila berjanji untuk berjumpa. Asal nak dating je, ada aje perkara yang membatalkan pertemuan tu….Beb, lelaki akan cari jalan macam-macam mana pun kerana nak jumpa girlfriend. Kalau asyik cancel je…ada isterilah tu!Padan pompuan tu...Sapa suruh dating ngan suami orang....
6 ~ Bila dapat pergi dating lak…asyik dating outstation je…kat luar town je. Haa…ada gak siap tanya bro tu, “Pasal apa boyfriend dia ni asyik bawa dia ke luar jauh2je?” …hehe, sayang oi…dia dah kahwin lah tu…tak nak terjumpa dengan bini dia beb.
7 ~ Haa..yang ni lagi teruk, ada juga yang sanggup parking kereta dia kata mana-mana, then minta girlfriend datang ambik. Asal nak jumpa je, naik kereta girlfriend. Kereta dia langsung tak nak pakai…hmmm, apa lagi…tak nak orang cam dia bawa perempuan lain lah tu. Nanti tahu kat isteri…tidur kat luar lah beb! Padan muka....Kalau macam tu, tak yah balik umah terus pun bagus....
8 ~ Dah kenal berbulan, tapi rumah dia, anda tak tahu pun kat mana…kerja dia dimana pun tak tahu. Kat mana dia selalu pergi shopping..pun anda tak tahu, nak pergi ke rumah famili dia jauh sekali. Nak buat camana…semua tempat tu, pasti terserempak dengan isteri dia….
9 ~ Ada pulak tu, asyik duk layan chatting ym cari teman siber....teman siber kononnya.... kawan sekadar di alam maya katanya.... Haaa.. mula2 memang lah di alam maya.... bile dah lama2..... realiti di alam nyata plak.... Bukan tentu laki jenis biul cam ni... Dah kawen buat la cara dah kawen. X yah nak ngaku bujang.... X der plak nak rasa bersalah duk menipu pompuan2 kat luar sana... Esok2 anak2 ikut menipu macam ayah dia, baru padan muka.... Bawa bertaubat lah bg laki jenis macam ni....Kesian kat bini kat umah tu...
9 ~ Apabila ada office family day, gathering atau party kat office…tak pernah dia na
k bawa anda. Ada je alasan, dia tak suka family daylah, dia tak nak pergilah, dia segan dengan kawan-kawan sepejabat lah…hakikatnya? He is a married man, and its a family day…mestilah nak bawa bini beb!
10 ~ Ada pulak sesetengah lelaki tu, selalu bawa anda keluar…tapi keluar ke tempat-tempat orang penuh sesak. Sebabnya, kalau tempat ramai orang, dia boleh jawab kat bini dia, “Ramai orang keliling abang hari tu, perempuan mana lah yang Ayang cakap tu? Semua tak lawa, tak ada pun yang abang berkenan…” haaa…kesian girlfriend.
Psss..... kalau ada sesiapa yang terasa, harap maap la yer... Kebetulan jumpa isu ni... aku petik je la..... Tapi kalau ada di antara korang yang jenis macam ni, bawa2 la bertaubat. Cuba lah rasa bersalah sikit dan rasa bertanggungjawab. Kalau yang suka menipu kononnya bujang tak kahwin lagi, korang pk la... Aku rasa awal2 tak payah kahwin lagi bagus.. Tak de nak nyusahkan bini kat rumah.... Tak der nak sakitkan hati bini...Gatal tak tentu pasal... hihihi...Sorry yek...hehehe....
Friday, July 3
Celiklah Mata..... Cerahkan hati..... Muliakan Jiwa....
Isteri Hamil.... Apa Perlu Suami lakukan.... ( ii )
Kelahiran bayi cacat mempunyai kesan dalam hati setiap ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat.
Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang percaya bahawa wanita yang cacat besar kemungkinan melahirkan bayi yang cacat.
Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dan lain-lain. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitulah sebaliknya.
Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak
1. Menanam uri
Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
3. Mendoakan anak
Usaha untuk membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan daripada Allah. Oleh itu, ibu bapa digalakkan sentiasa mendoakan untuk anak-anak supaya menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia. Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak
4. Panduan menamakan anak
Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya. Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.
Pemilihan nama yang utama
- Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
“Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah." (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi)
- Nama-nama yang dilarang termasuklah :
Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka’abah dan lain-lain. Nama yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.
Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya.Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang.
Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.
Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya.
5. Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah “Sunat Muakkad”. Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
6. Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan.Hukum berkhatan menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.
7. Mendidik moral anak
Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :
a. Pendidikan supaya bersyukur
b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
e. Pendidikan tentang solat
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan dari segi kesederhanaan
Isteri Hamil.... Apa Perlu Suami lakukan....
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, SurahAn Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
2. Adab suami ketika isteri sedang mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri,s ebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut," La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "maksudnya" Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
3. Dorongan Suami semasa isteri bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.
Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita.
Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam.
Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi pada waktu malam.Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~