Wednesday, December 23

NORLIZA......

Tiba2 aku teringatkan kepada nama NORLIZA....nama aku NORLIZA???mmm...layankan je lah.... Tiba-tiba aku terkenang kembali kenangan masa urusan tempahan baju nikah.. Aku tersenyum sendirian. Dugaan yang terpaksa aku hadapi sepanjang persiapan majlis pernikahan aku. Korang nak tau? Ok, aku ceritakan sedikit untuk dikongsi bersama.

Aku sebenarnya tak plan pun untuk melangsungkan pernikahan pada tahun 2008. Plan aku sebenarnya adalah selepas tamat pengajian diploma. Tapi mungkin sebab dah jodoh. Khairul soal pasal kahwin.. Aku terpinga2 jugak kot2 dia main2 je. Yer la.. Mana x nyer, tetiba je kan citer pasal nak kahwin. Bila dah betul2 dapat kepastian, akhirnya aku pun setuju je la. Tapi untuk maklumkan kepada keluarga aku, menggigil juga aku nak bagitau. Akhirnya, family setuju dan akur dengan semua ni.

Bila family dah setuju, aku pun terus siap sedia kumpul barang2 hantaran. Aku beli sedikit2 ikut keadaan semasa. 31 Mei aku menerima kunjungan merisik dan sekaligus bertunang. 2 + 1. Majlis tunang pun simple je. Juz Family Khairul + family aku + beberapa orang wakil daripada kedua2 belah family je. Dan kata sepakat yang dicapai, majlis pernikahan aku akan dilangsungkan pada 08.08.2008. Gatal kan... Sebenarnya nak kejar tarikh keramat tu je. hehehe. kebetulan tarikh tu jatuh pada hari Jumaat. Memang kena sangat la. Jumaat hari yang mulia.

Sambil menanti tarikh keramat 08.08.08, aku buat persiapan sedikit demi sedikit. Segalanya aku uruskan sendiri. Family juz uruskan perihal makanan, jemputan dan khemah je. Untuk baju nikah, aku sekalikan untuk bersanding. Aku guna baju sendiri. Bagi aku, biarlah ada kenangan yang tinggal, kepuasan lebih terasa dengan menggunakan baju sendiri. lagi pun dah selalu tengok, kalau orang pakai baju yang disediakan oleh tukang andaman, besar sana, besar sini, kecik la, yang paling ketaranya mesti berpin (sebesar2 pin akan terpampang di belakang baju pengantin perempuan). Buruk rupa tau. jadi, aku beli kain kain satin dan lace untuk diupah jahit.Rm 300 lebih juga aku habiskan untuk belian kain tersebut.

Aku kunjungi kedai andaman di Plaza Larkin. memandangkan aku dan khairul pernah berurusan di situ untuk gubahan hantaran masa bertunang dan hasilnya agak memuaskan hati. jadi tanpa fikir panjang, aku pun hantar baju nikah aku untuk diupah jahit di kedai yang sama. aku berurusan dengan seorang lelaki (nyah jugak ler), panggil abang Syam dan seorang pembantu kedai nama wana.Tengok pada koleksi gambar yang ditunjukkan, menarik jugak ler. baju2 dalam kedai pun nampak baru2 dan cantik. melihatkan gaya dan cerita si Nyah tu dengan dibantu oleh si Wana tu untuk meyakinkan kami, mati2 kami percaya bahawa kedai tu milik si Nyah syam tu. Aku pun jelaskan la konsep baju yang aku idamkan. Akhirnya aku campakkan RM 300 untuk upah jahitan. 15 julai 2008, si Nyah tu jannji dan jamin baju aku akan siap.

Tiba pada 15 julai 2008, aku dengan suka hatinya pergi semula ke kedai tersebut. senang hati bile kenangkan baju nikah aku dah siap. melangkah je kami di depan kedai tu, aku tengok ade seorang perempuan sedang menangis. dan aku jelaskan tujuan aku. tiba2 hati aku hancur luluh bila diberitahu yang si Nyah syam tu dan tak ade. si wana pun dan diberhentikan. rupa2nya si nyah syam tu ambil kesempatan bila tauke kedai tiada, dia akan lakarkan banyak janji dengan pakej yang menarik dan menerima deposit pelanggan tanpa pengetahuan tauke kedai tersebut.

Aduhai, bagaimana baju yang aku tempah? Aku call si nyah tu, dan nasib baik dia jawab panggilan aku. aku berlakon pura2 tak tahu apa yang jadi, katanya baju aku akan siap pada esok hari.bermakna pada 16 julai 2008. katanya dia dah x kerja lagi dengan akak yang tak tahu mengandam tu. huhuhu. padan muka akak tu kena kutuk.hehehe. buka kedai tapi tak pernah ada kat kedai, mana tak kena tipu. dengan aku2 sekali la yang terjebak kena tipu. sakit hati aku.

Esoknya, aku call si Nyah tu lagi. katanya baju aku dah siap. dan kami berjanji untuk berjumpa di depan plaza larkin di tempat menunggu bas dan katanya aku kena tambah lagi rm 300 sebab dia + byak labuci dan kain chiffon unuk siapkan baju aku. mmm...aku yer kan aje lah. lepas tu, terus aku call akak tauke kedai tu, then kami berpakat wat laporan polis. berkejar kami gi balai polis larkin. lepas tu berkejar pulak pergi balai polis johor bahru rujuk pegawai penyiasat. selepas tu, dengan menaiki kereta pegawai penyiasat dan berhenti terus di hadapan si nyah tu. setianya si Nyah tu tunggu aku di tempat tunggu bas tu hampir sejam lebih dengan harapan akan dapat bayaran tambahan lagi rm 300 daripada aku. hampeh. aku tak bayar pun. si nyah tu terus kena cekup masuk dalam kereta dan terus di bawa ke balai. Aku dapat balik baju aku. tapi hampa. aku terpaksa beli kain yang baru dan tempah jahit semula sebab baju yang dijahitnya singkat sangat. dugaan kan..

Huhuhu...Kalau lah aku ni baik hati bayar lagi caj tambahan yang dia kenakan, bermakna baju nikah aku tu berharga hampir RM 1K... Apa kaitan cerita ni dengan tajuk entry aku ni kan?? NORLIZA.... Norliza ni adalah nama aku di atas resit yang dikeluarkan oleh nyah tu. Agaknya dia lalok kot... Pening2 lalat... hehehe....

Inilah lumrah kehidupan... Tak semua yang dirancang sempurna sepenuhnya...



Tuesday, December 15

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR.

10 DEC 2009, keputusan pepriksaan akhir akan dipaparkan di dalam portal pelajar. Entah kenapa, aku agak tidak kisah dengan keputusan kali ni. Selalunya, aku cukup berdebar-bedar menanti keputusan yang bakal dipaparkan. Aku pasrah dengan segala ketentuan. Untuk semester lepas, aku banyak ketinggalan kelas. Terlalu banyak Chapter yang tidak dapat aku capai dan pelajari. Hampir 10 minggu aku terpaksa tinggalkan kelas kerana melahirkan si kecil Farish. Sepanjang peperiksaan, aku tawakal je. Aku menjawab soalan peperiksaan sedaya mungkin. akhirnya, syukur lah. Aku lulus jua untuk semua subjek walau sedikit menurun. Untuk semester depan, entah macam mana pula yer....

Monday, December 14

TAK SEMPAT TAMAT KURSUS

kenangan bersama peserta kursus wanita dari kampus lain. pertama kali memakai boot kawad.berat juga. masing2 jalan pun dah macam penguin dah.haha.

Surat tawaran kursus telah aku terima. Aku cukup gembira kerana itu. Lantas aku terus menguruskan segala hal-hal berkaitan.segalanya selesai sehingga jangkaan tamat kursus itu nanti. Bila ketua aku arahkan minta buat itu buat ini. Semuanya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Apa yang diarahkan semuanya dah aku uruskan. hihihi.... Jangan pandang aku ni macam orang lain. Setiap perkara itu terpaksa disuruh2 berulang-kali untuk melaksanakannya.

14 NOV adalah exam aku yang terakhir iaitu bagi subjek Eco211 (macroeconomic).15 NOV pula aku perlu bertolak ke Shah Alam untuk kursus tersebut.Agak kepenatan juga. Apa tidaknya, belum sempat aku sucikan kepala aku daripada segala kekusutan sebelum ini, terpaksa aku sambung lagi kekusutan yang baru. Terpaksa juga aku tinggalkan si kecil aku bersama mertua . Bajunya yang belum dibasuh aku bawa bersama. hihihi... Tetapi, aku tidak kisah kerana itu. Memang kursus ini yang aku nantikan.

Walau apa pun, 3 or 4 hari sebelum aku hadiri kursus tersebut. Aku menerima satu keputusan yang cukup mengejutkan dan membimbangkan. Bimbang bagaimana untuk aku teruskan kursus tersebut. Aku hamil lagi untuk kali kedua. Ya Allah.... Memang tidak aku sangka akan secepat itu.Tapi semuanya dah terjadi, menurut doktor dah 5 minggu. Apa pun syukur ke hadrat Ilahi kerana kurniaan ini. Anak aku yang sulung baru genap 3 bulan. hehehe....

Oleh sebab itu, keputusan yang tepat terpaksa aku capai. Sama ada mahu terus hadir kursus atau tidak. Ada yang cadangkan aku tarik diri.Ada juga yang menyokong agar aku teruskan juga. Suami pula tidak menghalang, malah terus menyokong. Apa lagi, aku gagahkan juga untuk hadir.

Selepas melapor diri, aku bagitahu jurulatih bahawa aku sedang hamil. Dan perkhabaran ini sampai kepada pengetahuan ketua jurulatih. Apa pun aku terpaksa akur dengan arahannya dengan tidak membenarkan aku jalani aktiviti kawad kaki. Hasil daripada perbincangan di antara pegawai atasan, aku terpaksa tarik diri daripada terus menyertai kursus ini...Mmmm... sedihnya. Aku terpaksa hadir untuk sesi yang berikutnya. Walau apa pun, aku sempat memenuhi jadual kursus selama seminggu. Hadir untuk sesi kuliah.. Berjalan sejauh 2.4km (peserta lain berlari, tapi aku terpaksa berjalan je...Tapi dengan berjalan yang selaju mungkin, ditemani jurulatih yang cukup sporting, aku mampu memotong peserta lelaki yang sihat
walafiat.hehehe...). Sepanjang itu juga, aku dilantik menjadi setiausaha untuk kursus tersebut. Namun, x sempat aku laksanakan apa-apa tugasan yang berkaitan.Akhirnya, aku pulang semula ke kampus kembali bertugas seperti biasa.

Penyesalan itu tiada. Malah aku rasakan tidak rugi walau sedikit pun dengan kekerasan hati aku untuk hadir kursus walaupun aku sedia mengetahui bahawa aku sedang hamil dan terpaksa akur dengan keputusan pihak atasan yang tidak membenarkan aku meneruskan kursus kerana bimbang berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Apa pun, syukur kepada Allah, walaupun telah menarik balik rezeki kursus tersebut, sebaliknya Dia juga telah kurniakan anugerah yang lebih besar daripada itu.

InsyaAllah.Untuk sesi berikutnya, aku harap mampu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. Dan aku akan cuba melaksanakan yang terbaik dan cuba membawa satu kejayaan yang membanggakan untuk diri aku dan juga kampus secara amnya sekurang-kurang Anugerah Akademik Terbaik. Itu cabaran dan impian yang aku cuba untuk realitikan. InsyaAllah.



sarapan pagi kami yang agak sedih.hehehe.telur rebus (tanpa kicap)+ roti yang keras dan liat (kena celup air baru lembut) + marjerin + teh o. apa pun syukur la yer... nama lagi cabaran. nama lagi unit keselamatan. patut kental dan lasak jiwa dan fizikal.


best nyer kalau aku dapat menyertainya. aku cuma mampu jadi pemerhati je dari jauh.


ni sesi latihan seni mempertahankan diri (taekwondo). aku juga hanya mampu jadi pemerhati.huhu..


taekwondo x boleh buat. jaga je la harta-harta peserta lain.